Subscribe:

07 December 2009

Pengalaman mengajar kita...

Salam semuanya... ISh, awal hari ni aku bangun... kul 3.10 pg lagi mata dah tercelik... Buntu apa yang aku nak buat... Apa yang bleh ditunaikan, aku dh uat, skang tiba masa tuk layari web... Xde tempat lain lagi utk dituju, MS le... Sempat la jugak aku edit gambar td, dan trus je aku upload... Satu pencapaian yang baik coz dapat edit dalam masa yg singkat je...

Sbenarnya xtau apa yaang nk di tulis kat sini... buntu kepala otak aku, almaklumlah musim periksa ni, asyik dok igt bljr je yg laen sumer dilupakan... last minute (truk btul aku ni)... Ohh ya, alang2 dh bgun awal nie, tringat aku masa first camp dulu... Kem KPA3 tahun 2004 ngan cgu wazir... BTW tajuk je english,hehe...

Lepas balik dr solat jumaat aku trus kelam kabut packing baju n sluar tuk camping (last minute lg)haha..... Kul 3 pndftrn peserta akan mula... Mentang2 le skolah dpan umah, baru nk packing barang... excited btul aku time tuh... BTW kem ni tujuannye untk latihan kawad kaki dan pemilihan tuk platun tahun 2005, nk msuk prtandingan kawad kaki pringkat daerah... Sampai je kat skolah, aku trus carik kawan2 aku, capik, nas ngan syaffuan...
Perrrgghhh... memasing excited... Nk dipendek kan citer... Malam tu pas solat isyak smua peserta gather kat dewan trbuka (kini dpanggil "balai santapan minda", ada klazzz) Cgu Wazir pun tnya satu soalan yg agak mncabar gak la utk dijawab... "Siapa yang nak balik?" Aku ngan beberapa org peserta lagi tanpa membuang masa lagi trus mengangkat tangan... Biasalah org baru first time kem, macam2 firasat yg ada... Pastu cikgu tnya kat aku, umah aku kat mana? Aku trus je bg tau yg umah aku kat dpan skool je. Cam nk gelak pun ada,haha... Then cgu minta ktorg yg nk balik td stay for this night, dan esk dia tnya lagi...

The next day, pas dah uat kawad sesi pg, ktorg diajukan soalan yg sama jgak... Tp kali ni jwpannya tidak, sumer nk stay sampai abis kem... Biasalah, prtama kali pengalaman tidur luar rumah, msti r seram sejuk,haha... tapi pas pristiwa tu, tak henti2 aku gi kem... kalu xde kem pun ktorg uat sndiri kat skolah hampir stiap mlm sabtu... Bez tul pngalaman tdur kat skolah... Tahun dpannya ktorg anta platun lelaki dan prempuan ke prtandingan kawad kaki pringkat daerah klang... Pasukan pompuan dpt tmpat ke-3, tp malangnya platun lelaki xde tempat, sodih tul...

Bagi aku, ni sume pengalaman yg berharga dan berbaloi-baloi utk di kenang... Ini mngajar aku tuk mnjadi insan yg lebih tabah dan kuat. Sekian je dr aku kali ni,tetibe je rasa ngantuk balik... K, sayonara... Salam...

27 September 2009

BARAAN BERSAMA...

Assalamualaikum w.b.t... dan Salam Perpaduan.

Seminggu berhari raya...
Kunjung mengunjung rumah terbuka, hoi!

Raya,raya,raya... cukup memenatkan, tapi hati ni rasanya gembira tak trkata. Mna xnye, bukan je dapat g raya umah kekawan kat SKI, kekawan lama pun dapat jumpa sama.

Jumaat, raya ke-6

Pagi2 lagi Saleh dh msj nk konfem kan samada aku join ke x baraan ari ni. tp apakan daya, xde transport, aku pun gtau Saleh aku x dpt follow dorg. Punya lah baik ati dorg ni, sanggup tukar planning tuk turun beraya kat umah aku dlu. lpas raya tu aku trus je folow baraan. hampir smua umh ktorg pegi termasuk extra. rumah aku, capik, zira, pisha, zila, cgu mirul, nora, cgu napi, isma, sham, saleh, jijah, nita... umah ain je x dpt pegi. (forget 2 mention umh cgu wazir,hehe) paling 'best' kat umah nita, gelak je kat sana, walaupun itu our last destination, tapi mmg gempak, the whole family pandai melayan tetamu yang hadir. Apa2 pun memang satu hari yang best pernah diharungi bersama rakan sekalian. TQ.



team baraan SMKSKI


Sabtu, raya ke-7

Hari ni ikut plak baraan dak klas sblh, grup yam. Join je, yang penting makan,haha... masa yg djanjikan jam 9.30 tp tunggu punya tunggu Saleh tak timbul2... Aku ngan capik dah sampai dlu, so apa lagi, ktorg pun pegi le beraya kat warung dlu... (tp kita plak yg kna bagi duit kat tokei kdai)
Jam 10.30, selepas sati jam blalu barulh Saleh call kata dia dah ada kat umah yam. So aku ngan capik pun serang le. Tup2 sampai yam dah tuangkan laksa sesiap, sp tpaksa juga ktorg berdua abiskan walau dh konyang td. Sedap juga laksa yam tu. Ada klass...
Next ktorg g braya kat umah acun plak, tp sblum msuk, cho'a call aku katanya pkul 1 azhani jmput dtg umah dia, apalagi aku ngan capik pun gembira x thingga sebab bkal jumpa kwn lama... Un42n8ly, bapak capik call dia suh balik skarang jgak coz nk balik kg dia kat ijok. Redha... So kat umah acun ktorang singgah kjap je...
Sampai dirumah aku rilek dlu, tp tepat je kul 1 aku trus je g umah cho'a, kononnya nk g ngan dia. Tp cho'a suh g raya umah dia dlu plak then masa nk g umah si an, akma ngan eton plak mnta tunda ke jam 5 ptg coz dowg ada hal plak tetiba... Tpat pkul 5.30 (lmbt dr masa yg dijanjikan) brulah ktorang ke umah an, makan soto... sedap tu. Kat situ x ramai pun tapi cukuplah dapat bjumpa rakan lama, hilang rindu kat korang... aku, cho'a, liyana, akma, eton, n of course azhani(an). Habis kat umah an, liyana plak jemput g umah dia, tp si cho'a kata dia kna blk kolej sbb assignment blum siap agi. So tinggal le aku sorang jejaka pegi beraya kat umah liyana ditemani dayang2 td (eceh, sory geng,haha)... 

Seronoknya ari ni,dapat jumpa kekawan lama, nnt korang cuti sem kita gather tau!!! Sayonara 4 this time... 




                                                      team SMKBBSS (miz ya)

19 September 2009

PaNtUn HaRi RaYa...

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung suke

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

Negeri Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang"

05 September 2009

Ramadhan ini

Ramadhan mengingatkan aku,
Syaitan telah dibelenggu,
Hanya tinggal satu padaku,
Hawa nafsu yang perlu dikunci,
Menjadi musuh utama diri.

Ramadhan mengingatkan aku,
Pintu neraka diketap rapat,
Tujuh pula pintu dibuka,
Syurga-syurga yang indah belaka,
Merahmati ibadah puasa.

Ramadhan mengingatkan aku,
Ketiadaan mereka yang telah pergi,
Pergi meninggalkan alam fana ini,
Meneruskan perjalanan hidup,
Untuk bertemu yang Maha Esa.



Ramadhan mengingatkan aku,
Dosa-dosaku terhadap manusia,
Sudahkah diampunkan,
Tidak Allah menerima pahala Ramadhanku,
Andai tiada keampunan dosa yang lalu.

Ramadhan mengingatkan aku,
Pahala yang ditaburkan,
Sudah cukupkah aku kumpulkan,
Sebagai persediaan dihari kelak,
Agar tidak aku menyesali pengembaraan ini.

20 August 2009

Bunga Matahari

Salam, salam dan salam. Salam 1 Malaysia.

Hari ni aku ada satu je rumusan yang nak dibuat. Rakan itu bak bunga matahari, tak kesah le warna kulit serta agama, semuanya bunga matahari. Knapa aku pilih bunga matahari? Sje je... hehe, sebenarnya aku sangat tertarik dengan bunga matahari yang cantik berseri-seri ni..... Cuba korang sumer perhatikan, bunga matahari ni besar tapi batang yang menampung tu kecik je, bayangkan lah, dengan batang yang kecil tu bunga matahari ni boleh tumbuh meninggi untuk mendapatkan cahaya matahari demi kehidupannya. Lagi banyak pokok lain kat sisi, lagi bunga matahari ni akan bersaing. Teguhnya bunga ni dalam menggapai sinar hidup dia.



Apa kaitannya dengan kekawan aku? Haaa... kawan2 aku ni pun teguh jugak macam bunga matahari. Diorang sume bersungguh-sungguh nak berjaya, memasing berusaha untuk menggapai cecita yang luhur dan lahir sebagai impian. Sumernye bersaing untuk 'mencuri' ilmu yang di taburkan oleh para guru. Sama macam bunga matahari tadi yang berebutkan cahaya. Dalam pada itu, kami terus teguh menghadapi cabaran berbekalkan iman dan ilmu yang tidak seberapa di dada ini ; mungkin baru seinci tebalnya ilmu kami.

Harapnya tercapai le impian utk meneruskan pelajran di menara gading sepertimana bunga matahari yang meninggi utk mendptkan cahaya... Kawan2 aku sememangnya bunga matahari...

09 August 2009

Warkah Buat yang Tersayang

Tatkala aku tiba di halaman,
Ku hanya melihat rantai yang berkunci di pagar,
Daun yang mulai kekuningan,
Membuktikan ketiadaan kau...
Yang tersayang.

Ku melihat memori dulu,
Sejak aku belum bertatih lagi,
Kau menjaga aku dari setiap sudut pandangan,
Diriku, kesihatanku, makanku, agamaku,
Kau jaga, kau pelihara,
Aku, cucu yang masih tak tahu apa-apa...

Aku tak menyalahkan kau,
Masa kau memarahi hingga menangis,
Aku tahu itu memang dirimu,
Caramu mendidik aku,
Malah marahmu itu menambahkan sayang aku pada kau.

Semakin roda filem berputar kini,
Kau masih menyayangi aku,
Dan aku masih menyayangi kau,
Aku akan rindu pada kau,
Walau sesaat kau tinggalkan aku.

Orang tersayang,
Kau pujuk aku bila ku menangis,
Kau marah bila aku yang salah,
Dan kini kau masih menyuap nasi ke mulutku,
Walau ku telah besar panjang.

Kerana kau orang tersayang...


Nukilan ini khas untuk nenek aku, dia memang seorang yang penyayang...
Terima kasih nenek...
Jaga kitorang sume (para cucu) elok-elok ye...

19 July 2009

BANYU MANIS (in Mem0ri3s)

Salam persahabatan... penat? gembira? seronok? pening kepala? lapar? ngantuk? SMUANYA ADA... Knapa? Coz aku baru balik dr Perkhemahan Motivasi Jati Diri, di Kem Banyu Manis, Bkt. Kerayong, Kapar.

Mesti ada yang pelik dengar nama tapak kem ni, namanya mmg banyu manis. Dalam bhs Jawa BANYU = MANIS. Jadi kem ni bermaksud Air Manis. Kenangan di kem ni memang byk, pelajaran dan ilmu yang ditimba menambahkan keyakinan diri, mengajar ikhtiar idup serta pengurusan diri. Pada mulanya ingatkan kem ni kurang best coz aku difahamkan ada beberapa pelajar yang rekodnya kurang baik di skolah turut mnyertai kem ini. Tapi, sangkaan aku meleset sama skali, macam sukar nk diterima dek akal aku ni. Rupanya dorang tu lah yang jd penyeri kat dalam kem tu. Memang la kadang2 dorang terlebih sudah tp dorg tu byk tolong aku kat kem ni, sumbangkan idea, tlg angkat barang, sampai makan pun dorang igt kat aku, terharu btul... Harap korg akan trus kekalkan sikap yg baik ni dan perbaiki diri korg lagi, jadilah insan yang berjaya dan berguna dalam hidup.

Malam first ktorang uat night walk, bila je fesi jerit TAKE COVER ktorg kna tunduk, pastu tggu arahan utk bgun balik...
Hari kdua kat ctu byk aktiviti yg aku uat ngan kekawan, pagi lagi dah bsenam dibantu oleh fesi2 kat situ. Pas senam trus je daki bukit kat blakang tapak kem tu. Pemandangan memang cantik dari atas sana, rasa macam nk panjat lagi je bukit tu. Kat situ ktorang di beri satu task, masak maggi ala tentera, ktorg hanya dibekalkan dgn mineral water, maggi, solid fuel, n mass tin. Jadi dgn kepakaran memasing, ktorang pun masak ler maggi tu dan kemudian dipersembahkan kpd raja bkt kerayong a.k.a abg fesi.

Sbelah ptgnya plak ada water confident, commando obstacles n flying fox. Bg aktvt FF, aku jd peserta prtama yang terbang bagai musang, bestnyer walaupun jarak nye pendek. Sambil tu sempat lg berseloroh dgan j/latih, Knapa jarak FF nye pendek jer, dia kata klau nk panjang + lg seringgit, haha... Tapi sbenarnya mmg pendek je, coz track yg panjang blum siap agi... Bg water confident, stakat ni mmg confident la sbb mggu lepas baru je uat aktvt tu kat kem KRK, lg mencabar kat ctu. Tapi apa2 pun best gak kat Banyu Manis ni coz air tasik dia lagi jernih... commando obstacles paling seronok kerana disamping halangan yg biasa di buat, ditambah pula aktvt menyumpit. Aku seronok btul krn sasaran kdua aku dapat 20 poin yg membantu team aku menang kat situ, hehe...

Bg malam kebudayaan, mmg ROCK!!! U ALL rEALLY SPORTING ENOUGH... smua persembahan menarik, trutama team kelip-kelip, mmg mghiburkan. Nita plak akhirnya kluar dr kepompong apabila dpaksa oleh cgu wazir utk mnyanyi... BTW nk minta maaf kat ahli team Cengkerik andai ada salah silap yg ambo lakukan dan tak dapat jd leader yg baik. MAAF YE...

TEAM CENGKERIK IN MEMORIES : Qila, zila, nazatul, ainil, pavi, najib (PM), asif, lay teng... thank u so much! luv ya all so much!

16 July 2009

Seronoknya!!! BAND 4!




Salam siber uat pembaca, lama dah tak 'memblog' ni. Masih teringat lagi kesedihan semasa exam MUET ari tu, macam-macam dugaan yang telah Allah S.W.T. berikan kepada aku dan keluarga. Macam nk putus nyawa pun ada masa tu, ( rujuk 'post' lama tajuk 'Abah...' ) masa tu nk amik MUET, masa tu jgak la lori 3 tan kesayangan kami tlah dicuri orang, memang tak tau la nk kata apa... Tapi itulah ketentuan Tuhan, dalam diturunkan kesusahan diberi juga kejayaan.

Isnin yang lalu, lepas waktu abis skolah, kawan2 aku riuh kat bilik seni cgu yan, saje le aku tgur dorang, 'tengah ngumpat ke?' rupanya bukan mngumpat, tapi dorang duk kecoh pasal ura-ura kputusan muet dah bleh check on-line. Aku pun apa lagi, kbetulan ayahande bwa 'broadband' ke skolah, lalu aku pergi mngambilnya. Ktorang pun bkumpul le kat bilik seni, aku le yang jadi tukang checknye, dorang bkumpul je sambil menyebut no i/c memasing. Hari tu ramai yang kecewa kerana result muet tak memberangsangkan. pada mulanya aku xnak check result, sbab 2minggu lepas aku mimpi yang result muet aku teruk, dapat band 1. Tapi setelah dipaksa oleh kekawan, aku pun menggagahkan diri untuk check. Alhamdulillah, mimpi aku tak jadi kenyataan, rupanya aku dapat Band 4. Lalu, aku berkata pada kawan2, kita tunggu slip muet kluar, mungkin ada kesilapan kat internet ni.





Hari yang ditunggu tlah tiba, Rabu, 15 Julai 2009. Setibanya waktu klas muet, pn. Shoba telah membawa kputusan rasmi. Cukup berdebar. Akhirnya kini pasti, aku dapat Band 4. Sofea pun dapat band 4 dan kebetulan score kami sama (193). Alhamdulillah... Kepada kawan2 yang kurang berjaya janganlah putus asa, daftarlah untuk MUET akhir tahun ni, bile lagi nk amik. Tahun depan terlalu lambat, jgnlah bazir masa lagi, Aku Sedia Membantu.

03 July 2009

Ibu, mama, mummy, mother, mak, amma... Sama berharga...



Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

langit kirmizi menghantar dirimu menuju jln pulang
hari-hari indah bersamamu bertaburdi tanah kenangan
wajah berona simpati kau tatapi buatkali t'akhir
sedih & sayu dari kamar atma mengundang air mata

Hanya rindu & doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu

menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p'kasihan
begitu indah setiap detik di dlm rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam

di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yg terindahdiduni dapat mengganti hilangmu
pilahan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu

-sekian-


Salam sejahtera dan salam blog!
Saja aku link lagu ni kat sini untuk saling mengingati supaya kita sentiasa menjaga perasaan ibu kita...

Bukannya apa, pagi tadi waktu klas teori seni dah hampir tamat tiba-tiba suasana yang tenang di Pertim bertukar kepada riuh - rendah. Nak kata rakan sekelas yang berteriak tak pula, rupanya pelajar di klas bawah kami yang riuh. Mulanya kami menyangka mungkin ada pertandingan sketsa di dalam kelas, tetapi pabila di amati betul2 rupanya ada yang sedang terjerit-jerit. Apalagi, en. zuhairi mnyuruh shafiq, isma dan aku untuk pergi memerhati apa yang sebenarnya berlaku di bawah sana. Rupanya sekumpulan pelajar sedang bergaduh di hadapan kelas mereka tapi disaat kami tiba ia sudah hampir dileraikan oleh beberapa orang guru yang berada di situ. Lalu aku pun bergegas untuk memberi laporan awal kepada en. zuhairi. Tidak lama kmudian shafiq dan isma masuk bersama seorang pelajar india. Cgu Zuhairi hanya mnyuruh dia duduk di belakang kelas. Mungkin lepas ni dia akan masuk ke bilik GELAP.

Namun sangkaan aku meleset kerana sebaik saja loceng tamat waktu persekolahan berdering, suasana kembali menjadi riuh-rendah. Rupanya mereka sekali lagi memulakan pergaduhan, aku dan rakan hanya mampu melihat dari atas. Pn. roosmawaty pula dua kali hampir terkena balingan kerusi oleh seorang pelajar Melayu. Aku sungguh kesal dengan sikap pelajar Melayu yang begitu biadap di hadapan guru. Walaupun tidak pasti lagi siapa yang memulakan pergaduhan dahulu, aku masih kesal dengan sikap anak Melayu kini yang hanya tahu menyelesaikan perkara dengan bergaduh. Tidakkah mereka berfikir dahulu sebelum bertindak. Ibu bapa menghantar kita ke sekolah untuk belajar dan bukannya untuk beradu kekuatan. Tak pernahkah mereka terfikir titik peluh seorang bapa yang tidak terkira mengumpul wang untuk perbelanjaan anak ke sekolah... Tak pernahkah mereka terfikir sakit yang dirasa oleh ibu yang melahirkan mereka... Tak teringatkah mereka Syurga itu dibawah telapak kaki insan yang bergelar ibu!

Setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan dan kederhakaan maka tertutuplah pintu syurga untuk anak itu... Jika mereka berfikir begini, sanggup lagikah mereka untuk di masukkan ke dalam lokap kerana bergaduh, mahukah mereka dibuang sekolah kerana bergaduh dan bertumbuk! Bayangkanlah hidup seorang anak yang telah dibuang sekolah dan mengecewakan ibunya, pastinya tiada lagi keredhaan dari Allah S.W.T dan tiada lagi haruman syurgawi kepada mereka... Renungkanlah, Perbaikilah...

21 June 2009

CAMP back!


oppss, terkezut!!!

Salam...

Kem! Kem! Kem! hehe... Aku dah lama x g kem, dah stahun lebih dah. Tapi taun ni ada rezeki... Dapat jd fesi kat kem pengawas (walau
bukan pengawas,hehe). Seronok gler... macam macam aktiviti ktorang handle, macam-macam ragam budak2 tu buat, haha...
yang baju putih tu aku (hehe, pomot diri)

Tp dalam seronok tu pnat jgak r. Malam tu tidor satu jam je, kul 3.30 sampai 4.30 pg je, kna jaga malam... Tp xpe, yang penting peserta kem sumer selamat dan shat belaka..
K la, hingga jumpa lagi,taaa....


dak ni dah mengong kat kem ( haha, sorry)

16 June 2009

Puisi... Koleksi laguku...

Salam keamanan dari ku kepada kalian... Ari ni aku tambah gadget baru kat blog ku ni, aku tambah music player... Kalau korang tengok lagu - lagu kat situ kebanyakkannya adalah lagu-lagu puisi hasil nukilan Ebiet G. Ade (penyanyi puisi indonesia) dan seorang yang tidak asing lagi di bumi Malaysia iaitu Allahyarham Zubir Ali. These songs are tribute to them...

Aku tak tau knape? Tapi semenjak cayyoi ngan jeli nyanyi lagu puisi trus aku cari lagu-lagunya... Kalau ada yang perasan lagu Ebiet tu ada yang digunakan dalam iklan petronas untuk raya. Salah satu dalam iklan petronas yang bapaknya dah tua tu, kan ada babak yang dia kentut tu. Mungkin ada yang gelak tengok iklan tu, tapi bagi aku ia memang bermakna... Lagu-lagu puisi ni banyak plak yang menyentuh ati aku ni, minat gler r... So, kalau ada sesape yang tau lagi lagu puisi yang best2, gtau le aku ea...

Sekian sampai disini aje stakat ini, sehingga bertemu lagi, Wassalam...

14 June 2009

Buah Naga

SALAM... Apa khabar pelayar web skalian, sihat ka? Harap nye sihat belaka... Yela, proses kehidupan ni kejap kita dibawah, kejap kita di atas... kadang kala sihat, kadang kala kurang sihat... Cuti sekolah baru2 ni, aku balik ke kampung halaman ku, bercuti kat umah nenek kat port klang (x jauh pun dari umah aku, 150m je ,haha) seminggu kat sana, aku perhatikan pokok buah naga yang nenek bela sejak aku form 1 kalau x silap, tp skarang ni barulah nampak hasilnya. Hari2 aku tengok, buah tu akan ada perubahan, cepat juga dia membesar, dari sebesar ibu jari sampai 2 kali besar tangan aku, (dalam tempoh seminggu je). Tapi dalam tempoh pembesaran tu, aku lihat setiap hari akan ada semut yang mendekatinya, Nenek kata : " Alamak, ada pulak semut yang datang kacau..." lalu nenek pun letak sedikit racun semut...

Begitu juga dengan kehidupan kita, saban hari kita semakin dewasa dari segi fizikal dan mental serta rohani... Pembesaran sememangnya satu proses yang lama, suka, sedih, pilu
, gusar, pening, gembira, seronok, semuanya merupakan asam garam kehidupan kita yang boleh la dikatakan sebagai baja kita...

Ni la buah naga yang nenek tanam, skang ni lagi beso.

Pelbagai masalah juga akan ditempuh dalam kehidupan kita. Dalam diam kadang kala kita tidak sedar ada juga orang yang membenci dan sentiasa memberi masalah kepada hidup kita (inilah semut nye)... Nak xnak, kena juga kita 'ajar' mereka ni supaya tak lagi mganggu kita. Tapi sudah menjadi fitrah kehidupan, walau bagaimanapun mereka akan tetap disisi kita utk mengganggu ( sebagaimana semut, walau telah kita racuni akan tetap ada jua), inilah yang MEWARNAI kehidupan kita...

Inilah yang aku pelajari dari buah naga... Hari terakhirku melihatnya, bunganya sudah hampir berkembang, aku harap bunga itu akan berkembang dengan mekarnya. Aku juga berharap hidupku akan berkembang mekar lebih baik dari bunga buah naga itu setelah bertahun menunggu hasilnya...

26 May 2009


Salam... almost fortnight i 've not write this blog. Macam2 hal... Sibuk skit belakangan nie, yang paling buat aku sibuk ialah exam. tapi sedar tak sedar, lagi 2 paper dah nak abis mid-year exam... harapnye keputusan baik kali ni. coz aku ready ala kadar je, banyak program kena arrange... dah la aku ni jenis yang tak pandai arrange masa... Mana yang 'dan' je aku sempat buat, haha..... K, jumpa lagi lain kali... ari tak banyak plak aku tulis, kikiki...

17 May 2009



Salam...

Pagi2 lagi dah sibuk bersiap nk gi koku. Cam bese setiap sabtu ada perjumpaan KPA3 tp ari ni cgu tak join skali. So, knalah handle sendiri.
KPA3 antara bilangan ahli yang ramai hadir ari ni. Tak banyak yang kitorang uat arini, kawad memang perkara wajib, dalam lebih kurang 9.40, aku bagi task kat dorang buat 2 kawad bunga setiap pasukan. Man vs Woman. satu platun 30 orang. Satu jam masa diberi, macam2 gelagat ada, macam2 bunga keluar, aku ngan Pali cuma bleh gelak je, haha... Tak dilupakan juga, cikgu hanani yang datang untuk menjenguk dan menyelia kami pada hari ni.




Jam 10.40, masa yang diberi telah pun tamat, pasukan lelaki masuk padang... walaupun persembahan kurang baik tapi tahniah coz berjaya cipta bunga sendiri... Dan pemenang hari ni platun Perempuan, persembahan perfect siap ngan accessories skali... Aku bangga ngan korang...

GEMPUR WIRA!!!

Sehingga bersua kembali, Salam...


09 May 2009

FAREWELL



Salam...

Malam tadi tidur lambat, tampal gambar dalam album untuk cikgu che ana dan tengok tv punya pasal, mentang2 la ari ni sabtu, hehe... Tambahan plak ada joe skali lagi la lmbt tidur, borak je,haha... Esoknya bangun lambat, subuh ntah kemana, astagha... dah pukul 9 pagi,haha... Lpas tu cgu wazir trus bising suh aku ngan joe pegi mandi cpat coz ktorang dah lambat nk g date ni. Lpas mandi trus je aku ke dapur dan melihat makanan dah ada atas meja, rupanya ustazah dah siapkan sarapan, hehe... TQ umi... Lebih kurang pkul 10.30 ktorang dah kluar umah utk mnuju ke destinasi date kami...

Shah Alam... ni la tempatnya, nk specific lagi, kat INTEKMA RESORT. Sebenarnya date yang dimaksudkan tu adlh majlis farewell untuk cgu che ana. sampai je kat sana, tgk karim dah sampai ngan nani. (skandal la tu,hehe) kat dalam resort plak kelihatan pn. roos ngan pn. azizah sedang duduk menunggu rakan guru yang lain. Date yang ditunggu masih blum tiba, knapa le lambat sgt nk sampai ni? Rupanya cgu che ana datang diiringi oleh rakan guru yang lain, macam antar pengantin je, haha... Walaupun ni farewell party, namun cikgu tetap nmpak berseri dengan senyumannye yang ikhlas terpancar dari wajahmu yang ayu itu... (cewah, jiwang r plak aku ni) Next, citer pasal makanan kat situ plak. mmg kick r dia punya food, kaw2 punyer... 3 round aku makan, appetizer, main course and dessert... Yummy2, meleleh ayak liuk... Bebalik pada cikgu che ana, kitorang makan ramai2... byk gambar yang di shoot tadi, aku pun byk interframe kat situ. lupa plak nak mention pelajar lain yang kat situ, joe,mattop, karim, n nani. yang lain tu suma cecikgu ngan anak2 meker... Cgu mazidah dan suami mcm biasa ada tayangnvideo, tersentuh hati tgk video tu, rasa macam tak nak lepaskan cgu ana. tp dah takdir, kita hanya berserah, moga result STPM nanti memberangsangkan!!!

After the farewell party, we all went back to our home and relax for a couple of hours...( cewah, speaking plak,hehe...) lpas dah relaks2, kul 5.30 ptg pegi plak umah cgu mazlan, ada kenduri kesyukuran smpena pindah ke umah baru... Kat situ aku jumpa azam ngan syed, tgh duduk termangu-mangu... Rupanya kawan2 yang lain dah datang awal, dorang dah balik pun, azam ngan syed je yang tinggal coz nk tolong cgu mazlan. Kat sini pun banyak makanan, makan lagi...



Cikgu-cikgu

Balik umah, cgu mazlan bagi berkat, tapi sorang pun tak sentuh lagi, dah kekenyangan agaknye, matop plak dah balik fakulti, esk exam katanye (good luck). Buat sarapan esok le gamaknye... Pada geng2 nk main futsal esk, jangan bangun lambat plak, cepat skit datang. K sampai sini aje, aku tinggalkan dengan pesanan,

SELAMAT HARI IBU!!!

05 May 2009

KEPALA AIS


Salam...

Dah berhari aku tak tulis blog, ari ni tulis balik. Bukannye apa, cuma malas skit nak menaip 2 3 hari ni. Tengahari tadi ada meeting MT-6 (Majlis form 6). diorang ni suka sangat buat mesyuarat tapi haprak pun tak dapat, tension aku dibuatnya. Kalau budak klas aku bagi idea mentah2 dia tolak, pastu bila ada kerja kena buat, kitorang juga yang diharapkan (macam kuli dah jadinye). Tapi kitorang buat cool je kat dalam mesyuarat tu. Malas nak bertekak, iye kan aje.

Mesyuarat tadi nasib baik ada cikgu Din, pengerusi Bagus, so keadaan terkawal skit, xdelah dorang tu uat hal. Mainly we talk about persiapan Hari Guru, aku baru ingat nak lari, tapi dah ditugaskan untuk sesi fotografi guru di awal pagi. Ramai gak bebudak Faculty of Art SKI yang kena uat keje hari Guru nanti. Tapi yang penting sambutan pada 29 mei nanti bersamaan dengan birthday Saleh, so awal2 aku nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY SALEH.

Hari ni aku nak kaitkan dengan cerita pasal alam sekitar, base on the topic " Iceberg on the fall". Ramai yang tahu aisberg kat kutub tu adalah pembekal air tawar untuk kita semua, tapi x ramai yang tahu aisberg ni ada menyimpan banyak khazanah alam yang lain. Flora dan fauna yang masih belum diterokai banyak terdapat di celah - celah aisberg di Artik dan Antartika. Ada cacing yang hidup dalam suhu yang rendah kat situ, cacing tu warna hitam tapi aku tak ingat namanya. Yang sedihnya skarang ni, banyak aisberg yang telah pecah, yang terbelah dan akhirnya hanyut jauh dari artik sebelum cair dek bahang dunia.


Kan bagus kalau manusia pun begitu, biar ais yang ada dalam pemikiran kita ni pecah dan pergi jauh, cair supaya kita dapat bergaul dan berkongsi serta menerima idea orang lain, takdelah hidup kita ni membosankan. Berbalik pada MT-6, aku harap korang korang lebih open untuk mendengar idea kitorang dari Faculty of Art ni ha.

Salam...

01 May 2009

MELAKA



Assalamualaikum dan salam sejahtera... 1 Mei, aku dah sampai ke Melaka! Selalunye pegi ke tanjung bidara, tp kali ni sampai ke masjid tanah... Syok nye, aku pegi ngan cikgu wazir, ustzh noriati, cgu mazidah sekeluarga, saleh, karim, ngan daus.

Btolak pukul 8.30 pagi, sampainye pkul 4.30 ptg, mcm la jauh sgt melaka tu dari port klang. Mana tak nye, on the way ke melaka macam2 tmpat di singgahnye, kedai makan, zoo mlake, warung makan, barulah sampai umah bapak mertua cikgu mazidah... Sampai je umahnye ktorg mkn dlu, pastu g PANTAI! Amar berenang2... Skarang ni kul 9 malam, lepas ni ada aktiviti malam plak, haha... Pegi jalan2 je...
K, smpai sni je nukilan rini, salam...

30 April 2009

Seronok dan Penat



Assalamualaikum...




Setiap pertemuan pasti ada perpisahan... Walau hanya 4 bulan belajar dengan Pn. Che Rohana, tapi rasanya macam dah lama je. Semalam kitorang buat majlis perpisahan untuk cikgu Rohana merangkap birthday Nafisah dengan Shobana sekali. banyak sungguh ilmu yang telah dikongsi oleh cikgu dengan kami dalam kelas 6A3. Tapi nk buat macamana, dah cikgu naik pangkat, redha jelah... Semoga cikgu sukses selalu!!!




Hari ni lain plak citernye, aku pegi contest buat arca kat SMK Sri Andalas, fuhhh!!! dahsyat gellerr dorang punye arca, aku, saleh, ngan cayyoi bertungkus lumus menyiapkan arca kitorang walaupun baru malam tadi pikir ideanya... Tapi, masa tengah buat arca tu bleh plak ujan turun, dah la buat kat tengah tapak perhimpunan dia, berlari smua peserta cari tempat berteduh, huh... Akhirnya, lepas 3 jam bertungkus-lumus, siap gak arca kitorang...


(rahsia) cikgu wazir yang jadi hakim, tapi tak menang gak,hahahahaha... takpe nie pengalaman je, "cayyoi, tahun depan kau mesti menang tau, aku ngan saleh dah abis skolah tahun depan, mesti menang tau!"




Lepas balik pertandingan, aku ngan saleh take turn jaga Galeri Ilham, bertambah la pnat nye, kena jaga budak2 form 1 ngan form 2 yang masuk melawat, macam2 perangai, haha...




K, sampai sini je tuk ari ni, nk g makan malam ni. Sebelum mengundur diri, cuba korang pikir, hidup ni bermakna ke kalau kita tak tolong orang yang ada masalah tapi kalau ditolong, kita plak yang pening paler? Ha! Lu pikir la sendiri..... Assalamualaikum.....

26 April 2009

Abah...

Ya Allah... apakah salah hamba-Mu ini sehingga kau uji sebegini hebat...

Assalamualaikum...

Sabtu, 25 April 2009

Aku menghadapi cabaran pertama, iaitu MUET (Malaysia University English Test).
Alhamdulillah soalannya boleh dijawab.

Sebelum peperiksaan...
Setibanya aku disekolah (di hantar oleh walid dan umi) aku melihat rakan-rakanku sudah bersedia untuk menghadapi MUET. Seronoknya melihatkan keadaan begini. Tapi, ada 2 orang rakanku yang aku risaukan, Saleh dan Isma. Aku telah mencuba untuk membantu mereka sebelum ini, jadi pada hari ini, aku hanya berserah kepada Allah agar keputusan mereka tidak mengecewakan.

Selepas MUET...
Mama ku menghantar SMS bertanya samada aku telah habis exam atau belum. Tanpa membuang masa aku terus menelefonnya. Aku memberitahunya yang aku hampir tiada masalah untuk menjawab soalan MUET tadi. Dia gembira mendengarnya... Tiba-tiba nada suara ibuku berubah, dia memberitahuku yang lori kepunyaan abah telah dicuri orang pada Khamis yang lalu!

Aku merintih didalam hati... Hanya itulah mata pencarian abah selama ini... Dengan duit hasil memandu lori itulah abah memberi aku dan adik-beradikku makan selama ini... Aku merayu pada-Mu Ya Allah agar ditemukan kembali lori abah... Bagaimanalah hidup kami sekeluarga selepas ini Ya Allah... Mengapa besar dan berat ujian yang kau berikan pada kami...

Aku buntu... aku menangis di balik senyuman dihadapan cikgu dan rakanku...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...

Kurniakanlah belas kasihh-Mu kepada keluargaku, ampunilah dosa kami sekeluarga, temukanlah kembali lori abah Ya Allah... Hanya lori itu yang digunakan untuk memberi kami nafkah...

Amin, Amin, Ya Rabbal 'alamiin...

Saat baru bermula...


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya saya diberi peluang untuk menggunakan ilmu IT yang dipinjamkan.

Ayat kat atas ni stereotaip sangat, haha... Tapi itulah diantara caranya kita mengucap syukur. Walau dah lama mengenali IT tapi baru hari ni tergerak untuk menggunakan blog setelah ramai guru2 saya mempunyai blog sendiri. Bukannya nak ajak bertanding, tapi niat hanya untuk merapatkan silaturahim.

Sememangnya masa itu emas, dan masa tidak pernah menunggu kita, akan tetapi setiap perkara yang hendak dibuat tidak pernah dianggap terlambat. Kita mampu untuk mengejar masa walau dia telah jauh meninggalkan kita. Masa memang berharga, lebih berharga daripada emas dan segala yang ada di dunia ini. Hanya dengan sekelip mata, walau sesaat kita terlambat, kita pasti ditinggalkan. Tetapi ingat sahabatku,

SAAT BARU BERMULA...