Subscribe:

05 May 2009

KEPALA AIS


Salam...

Dah berhari aku tak tulis blog, ari ni tulis balik. Bukannye apa, cuma malas skit nak menaip 2 3 hari ni. Tengahari tadi ada meeting MT-6 (Majlis form 6). diorang ni suka sangat buat mesyuarat tapi haprak pun tak dapat, tension aku dibuatnya. Kalau budak klas aku bagi idea mentah2 dia tolak, pastu bila ada kerja kena buat, kitorang juga yang diharapkan (macam kuli dah jadinye). Tapi kitorang buat cool je kat dalam mesyuarat tu. Malas nak bertekak, iye kan aje.

Mesyuarat tadi nasib baik ada cikgu Din, pengerusi Bagus, so keadaan terkawal skit, xdelah dorang tu uat hal. Mainly we talk about persiapan Hari Guru, aku baru ingat nak lari, tapi dah ditugaskan untuk sesi fotografi guru di awal pagi. Ramai gak bebudak Faculty of Art SKI yang kena uat keje hari Guru nanti. Tapi yang penting sambutan pada 29 mei nanti bersamaan dengan birthday Saleh, so awal2 aku nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY SALEH.

Hari ni aku nak kaitkan dengan cerita pasal alam sekitar, base on the topic " Iceberg on the fall". Ramai yang tahu aisberg kat kutub tu adalah pembekal air tawar untuk kita semua, tapi x ramai yang tahu aisberg ni ada menyimpan banyak khazanah alam yang lain. Flora dan fauna yang masih belum diterokai banyak terdapat di celah - celah aisberg di Artik dan Antartika. Ada cacing yang hidup dalam suhu yang rendah kat situ, cacing tu warna hitam tapi aku tak ingat namanya. Yang sedihnya skarang ni, banyak aisberg yang telah pecah, yang terbelah dan akhirnya hanyut jauh dari artik sebelum cair dek bahang dunia.


Kan bagus kalau manusia pun begitu, biar ais yang ada dalam pemikiran kita ni pecah dan pergi jauh, cair supaya kita dapat bergaul dan berkongsi serta menerima idea orang lain, takdelah hidup kita ni membosankan. Berbalik pada MT-6, aku harap korang korang lebih open untuk mendengar idea kitorang dari Faculty of Art ni ha.

Salam...

0 comments:

Post a Comment