SALAM... Apa khabar pelayar web skalian, sihat ka? Harap nye sihat belaka... Yela, proses kehidupan ni kejap kita dibawah, kejap kita di atas... kadang kala sihat, kadang kala kurang sihat... Cuti sekolah baru2 ni, aku balik ke kampung halaman ku, bercuti kat umah nenek kat port klang (x jauh pun dari umah aku, 150m je ,haha) seminggu kat sana, aku perhatikan pokok buah naga yang nenek bela sejak aku form 1 kalau x silap, tp skarang ni barulah nampak hasilnya. Hari2 aku tengok, buah tu akan ada perubahan, cepat juga dia membesar, dari sebesar ibu jari sampai 2 kali besar tangan aku, (dalam tempoh seminggu je). Tapi dalam tempoh pembesaran tu, aku lihat setiap hari akan ada semut yang mendekatinya, Nenek kata : " Alamak, ada pulak semut yang datang kacau..." lalu nenek pun letak sedikit racun semut...
Begitu juga dengan kehidupan kita, saban hari kita semakin dewasa dari segi fizikal dan mental serta rohani... Pembesaran sememangnya satu proses yang lama, suka, sedih, pilu, gusar, pening, gembira, seronok, semuanya merupakan asam garam kehidupan kita yang boleh la dikatakan sebagai baja kita...
Ni la buah naga yang nenek tanam, skang ni lagi beso.
Pelbagai masalah juga akan ditempuh dalam kehidupan kita. Dalam diam kadang kala kita tidak sedar ada juga orang yang membenci dan sentiasa memberi masalah kepada hidup kita (inilah semut nye)... Nak xnak, kena juga kita 'ajar' mereka ni supaya tak lagi mganggu kita. Tapi sudah menjadi fitrah kehidupan, walau bagaimanapun mereka akan tetap disisi kita utk mengganggu ( sebagaimana semut, walau telah kita racuni akan tetap ada jua), inilah yang MEWARNAI kehidupan kita...
Inilah yang aku pelajari dari buah naga... Hari terakhirku melihatnya, bunganya sudah hampir berkembang, aku harap bunga itu akan berkembang dengan mekarnya. Aku juga berharap hidupku akan berkembang mekar lebih baik dari bunga buah naga itu setelah bertahun menunggu hasilnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment