Subscribe:

03 July 2009

Ibu, mama, mummy, mother, mak, amma... Sama berharga...



Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

langit kirmizi menghantar dirimu menuju jln pulang
hari-hari indah bersamamu bertaburdi tanah kenangan
wajah berona simpati kau tatapi buatkali t'akhir
sedih & sayu dari kamar atma mengundang air mata

Hanya rindu & doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu

menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p'kasihan
begitu indah setiap detik di dlm rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam

di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yg terindahdiduni dapat mengganti hilangmu
pilahan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu

-sekian-


Salam sejahtera dan salam blog!
Saja aku link lagu ni kat sini untuk saling mengingati supaya kita sentiasa menjaga perasaan ibu kita...

Bukannya apa, pagi tadi waktu klas teori seni dah hampir tamat tiba-tiba suasana yang tenang di Pertim bertukar kepada riuh - rendah. Nak kata rakan sekelas yang berteriak tak pula, rupanya pelajar di klas bawah kami yang riuh. Mulanya kami menyangka mungkin ada pertandingan sketsa di dalam kelas, tetapi pabila di amati betul2 rupanya ada yang sedang terjerit-jerit. Apalagi, en. zuhairi mnyuruh shafiq, isma dan aku untuk pergi memerhati apa yang sebenarnya berlaku di bawah sana. Rupanya sekumpulan pelajar sedang bergaduh di hadapan kelas mereka tapi disaat kami tiba ia sudah hampir dileraikan oleh beberapa orang guru yang berada di situ. Lalu aku pun bergegas untuk memberi laporan awal kepada en. zuhairi. Tidak lama kmudian shafiq dan isma masuk bersama seorang pelajar india. Cgu Zuhairi hanya mnyuruh dia duduk di belakang kelas. Mungkin lepas ni dia akan masuk ke bilik GELAP.

Namun sangkaan aku meleset kerana sebaik saja loceng tamat waktu persekolahan berdering, suasana kembali menjadi riuh-rendah. Rupanya mereka sekali lagi memulakan pergaduhan, aku dan rakan hanya mampu melihat dari atas. Pn. roosmawaty pula dua kali hampir terkena balingan kerusi oleh seorang pelajar Melayu. Aku sungguh kesal dengan sikap pelajar Melayu yang begitu biadap di hadapan guru. Walaupun tidak pasti lagi siapa yang memulakan pergaduhan dahulu, aku masih kesal dengan sikap anak Melayu kini yang hanya tahu menyelesaikan perkara dengan bergaduh. Tidakkah mereka berfikir dahulu sebelum bertindak. Ibu bapa menghantar kita ke sekolah untuk belajar dan bukannya untuk beradu kekuatan. Tak pernahkah mereka terfikir titik peluh seorang bapa yang tidak terkira mengumpul wang untuk perbelanjaan anak ke sekolah... Tak pernahkah mereka terfikir sakit yang dirasa oleh ibu yang melahirkan mereka... Tak teringatkah mereka Syurga itu dibawah telapak kaki insan yang bergelar ibu!

Setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan dan kederhakaan maka tertutuplah pintu syurga untuk anak itu... Jika mereka berfikir begini, sanggup lagikah mereka untuk di masukkan ke dalam lokap kerana bergaduh, mahukah mereka dibuang sekolah kerana bergaduh dan bertumbuk! Bayangkanlah hidup seorang anak yang telah dibuang sekolah dan mengecewakan ibunya, pastinya tiada lagi keredhaan dari Allah S.W.T dan tiada lagi haruman syurgawi kepada mereka... Renungkanlah, Perbaikilah...

0 comments:

Post a Comment