Subscribe:

16 July 2009

Seronoknya!!! BAND 4!




Salam siber uat pembaca, lama dah tak 'memblog' ni. Masih teringat lagi kesedihan semasa exam MUET ari tu, macam-macam dugaan yang telah Allah S.W.T. berikan kepada aku dan keluarga. Macam nk putus nyawa pun ada masa tu, ( rujuk 'post' lama tajuk 'Abah...' ) masa tu nk amik MUET, masa tu jgak la lori 3 tan kesayangan kami tlah dicuri orang, memang tak tau la nk kata apa... Tapi itulah ketentuan Tuhan, dalam diturunkan kesusahan diberi juga kejayaan.

Isnin yang lalu, lepas waktu abis skolah, kawan2 aku riuh kat bilik seni cgu yan, saje le aku tgur dorang, 'tengah ngumpat ke?' rupanya bukan mngumpat, tapi dorang duk kecoh pasal ura-ura kputusan muet dah bleh check on-line. Aku pun apa lagi, kbetulan ayahande bwa 'broadband' ke skolah, lalu aku pergi mngambilnya. Ktorang pun bkumpul le kat bilik seni, aku le yang jadi tukang checknye, dorang bkumpul je sambil menyebut no i/c memasing. Hari tu ramai yang kecewa kerana result muet tak memberangsangkan. pada mulanya aku xnak check result, sbab 2minggu lepas aku mimpi yang result muet aku teruk, dapat band 1. Tapi setelah dipaksa oleh kekawan, aku pun menggagahkan diri untuk check. Alhamdulillah, mimpi aku tak jadi kenyataan, rupanya aku dapat Band 4. Lalu, aku berkata pada kawan2, kita tunggu slip muet kluar, mungkin ada kesilapan kat internet ni.





Hari yang ditunggu tlah tiba, Rabu, 15 Julai 2009. Setibanya waktu klas muet, pn. Shoba telah membawa kputusan rasmi. Cukup berdebar. Akhirnya kini pasti, aku dapat Band 4. Sofea pun dapat band 4 dan kebetulan score kami sama (193). Alhamdulillah... Kepada kawan2 yang kurang berjaya janganlah putus asa, daftarlah untuk MUET akhir tahun ni, bile lagi nk amik. Tahun depan terlalu lambat, jgnlah bazir masa lagi, Aku Sedia Membantu.

0 comments:

Post a Comment