Subscribe:

07 December 2010

Menakluk Dengan Bas!!! Siri 3

Assalamualaikum dan Salam sahabat...

Dah lama aku tak menaip kat blog ni... Firstly, memang aku agak sibuk belakangan ni, and secondly, memang takde cerita yang best bleh aku tulis kat sini, huhu~~

Tapi takpe, pada tanggal 6hb 12 2010, hari ku telah dimulakan dengan baik sekali... Ya, sarapan nasi goreng yang mama buat sebelum beliau pergi kerja. Terbaik!!!!! Disini mulanya perjalanan...

Sebelum aku turun bersarapan abah dah bertanya, samada aku ada aktiviti ke tak hari ni? Actually ada, tp sebelah petang la. Nak gi umah cikgu Wazir... Sebelah pagi memang aku free. Rupanya abah suruh pergi bayar bil elektrik, haha~~ Takpelah, asalkan aku keluar berjalan la jugak... Jam 8 pagi, bersarapan sambil tengok TV, channel yg paling aku suka, Discovery Channel... How Do They Do It : Space version. Dari awal sampai abis citer pasal angkasawan je. Dari makan, buat kerja, sampai lah ke cara angkasawan nak lepaskan HAJAT! adei~~  Detail btul dokumentari diorang ni...

Jam dah pukul 10pg... Alamak, mesti dah terlepas bas ni. So, aku pun berjalan lah dengan selamba nya ke arah stesen bas tu, tiba-tiba ada plak bas yang menuju ke itu... Apa lagi, trus la aku kejar bas tu, kalau tak terpakasalah aku tunggu lg 30minit, hu~~ Naik je bas tu, aku hulurkan tambang Rm1.30, lepas tu pakcik drebar tu tanya, "Nak pergi mana dik? Port Klang Rm1.50 lah..." Oh yeke pakcik? Al-maklumlah, dah lama tak naik bas kat umah ni, haha~~ Tambah je la 20 sen lagi...

Sampai jua ke bandar Port Klang ni, dah lama aku x lawat ke sana... Tapi sejujurnya tak banyak pun perubahannnya... haha~~ Tanpa buang masa lagi, aku trus menuju ke Bank Rakyat (saya mesti pilih! haha~~) Tanpa segan dan silu aku trus bertanya kat brother BR tu, "bang, kat sini boleh bayar bil ke tak?" Nasib baik abang tu kata boleh, kalau tak sia2 je aku ke situ... Nombor giliran aku 1036, nombor skarang ni 1026, 10 je lagi... Tetiba ada sorang pakcik India masuk, pakcik tu dah tua dah, tempat duduk depan aku tu dah penuh, tapi xde sorang pun yang sudi nak bagi tempat duduk kat pakcik tu... takpelah, aku tak kesah pun, lalu aku beri seat aku kat pakcik tu... Tapi yang best nya, lpas tu borak la ngan pakcik tu, dia pun citer la yang dah 4 kali rumah dia kena lelong, katanya bank lain tipou dia... nasib ada rumah lain dia kata... Sabar je la ye pakcik... Nasib badan...

Bil dah bayar, niat di hati memang nak balik umah trus, tapi apa kan daya... Kaki ni melangkah jua mencari bas untuk ke Klang... Apa lagi, ke Centrepoint le.... Tempat biasa untuk aku cari cd game dan PC peripherals aku... tu jela yang paling dekat, nak g S.Alam malas le pulak... Sampai je sana, aku trus pegi cari mouse coz dalam beberapa bulan ni je, satu mouse aku rosak, satu lagi hilang tanpa jejak, so terpaksalah cari yang lain, Rm10 punya mouse pun jadi le... Secondly, pastinya untuk melengkapkan koleksi game Sims 3 aku, Late Night expansion... Nasib dapat hari ni, coz hari tu aku pegi dah abis dah stoknya... Kira berbaloi jugak lah perjalanan aku ke Klang arini...

Time balik pulak lain pula cerita nyer, jam dah pukul 12 tgh hari dah... Macam biasa, aku naik la bas Seranas, coz bas lain susah nak dapat time tghhari camni... 20 minit aku dah duk termenung kat dalam bas tu, barulah dia jalan... adeii~~ Dah la tu, kat depan Convent plak ada sorg pakcik ni naik, tak habis2 dia tanya orang kat sebelah dia soalan2 yang agak memblurkan orang, nasib dia kat belakang aku, kalau sebelah aku mmg aku trus turun dr bas tu, haha~~ Boleh plak dia tanya member sblah tu bas ni pegi Port Klang ke? dah naik baru brtanya... Tp lpas tu bleh plak dia sebut nombor kod perjalanan bas2 kat sini... Bas 126 ke Port Klang, 127 ke Banting... Potpet2 dr dia naik smpai le turun bas, nasib dia turun kat area padang Pandamaran tu... Perggghhhh~~ Pelik btul aku... Agaknya dia tgh bosan kot arini, biarle...

Apalah hari ni, dok jumpa org yg bercakap je,haha~~ Petang tu aku diambil oleh cikgu, disebabkan masa masih panjang, so ktorang decide tuk pergi tgk citer Ngangkung... Overall citer ni memang best, padat ngan lawak and nasihat nya... tak kurang juga beberapa sindiran yang ditujukan kepada masyarakat kita... cuma ending mungkin kurang excite skit, coz aku rasa cter tu bleh dikembangkan lg... haha~~ this is juz my opinion... Apa2 pun, korg pegi la tgk and rate sndiri ye...

Sampai sini je la entry untuk kali ni... Kita jumpa lagi dilain kali... Esok nak ke Janda Baik, nak mandi sungai plak, haha~~ best2!!!

jUMPA LAGI SEMUA, Assalamualaikum...

06 November 2010

Al-Quran Bongkar Rahsia Masjid Ground Zero

dipetik dari :  http://ibnuyaacob.com

artiler asal :  http://ibnuyaacob.com/?p=1565


Sesungguhnya tiadalah yang paling benar melainkan lisan Rasulullah SAW yang menuturkan wahyu Allah yang pada akhirnya terhimpun dalam kalam yang sangat indah lagi besar rahmat-Nya.

Kami amat meyakini bahawasanya Masjid Ground Zero merupakan masjid yang dibina atas dasar penuh konspirasi di belakangnya. Ia bukanlah salah umat-umat Islam di sana dan seluruh dunia tetapi salah segelintir umat Islam yang sanggup bersekongkol dengan Yahudi laknatullah dan menurut segala arahan yang diberikan.

(Ground Zero – nama yang diberikan kepada tapak runtuhan World Trade Center pada 11/9/2001)

Keyakinan ini berdasarkan berita dari Al-Quran yang dengan jelas menyebut tentang pembinaan masjid dhirar di zaman Rasulullah. Dan firman berkenaan masjid dhirar (di Quba) tidaklah terhenti maksudnya di zaman itu sahaja. Sudah tentu ia difirmankan untuk mentakrifkan kejadian-kejadian yang bakal berlaku di akhir zaman yakni zaman sekarang ini.

Dua bukti pada Surah At-Taubah

Kami ingin nyatakan di sini bahawa pembinaan masjid kontroversi ini (Masjid Ground Zero) telah pun diisyaratkan dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu. Isyarat akan kewujudan masjid ini dinyatakan dalam surah At-Taubah, ayat 107 dan 109 secara tepat dan tiada perumpamaan.

Pertama : Surah At-Taubah, ayat 107;

taubah_107

Maksudnya;

“Dan (di antara orang-orang munafiq juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri), serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata”. Padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.”

Keseragaman Peristiwa dengan Ayat 107

1. “….membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam)”

Di Kabul, Afghanistan dua orang Islam telah mati dan empat lagi cedera dalam satu demonstrasi menentang kempen membakar Al-Quran. Dua lelaki tersebut mati ditembak askar Jerman yang berkawal di Kabul.

Semenjak Cordoba Initiative mencadangkan untuk membina masjid berhampiran Ground Zero, umat Islam sentiasa dipandang hina malah simbol keganasan mula kembali diapi-apikan di internet, media Israel, masyarakat non-muslim untuk menggambarkan imej umat Islam khususnya di Amerika.

Dr. Zuhdi Jasser dari American Islamic Forum for Democracy of Phoenix Arizona tidak bersetuju dengan cadangan Cordoba Initiative menurutnya, Ground Zero sangat tidak sesuai kerana Ground Zero adalah lokasi di mana Amerika menggunakannya untuk membina alasan agar umat Islam Iraq diserang dan Ground Zero.

Kenyataan Dr. Zuhdi sangat tepat kerana Ground Zero juga adalah tempat pertama yang menyebabkan Islam dilabel sebagai pengganas. Ia juga punca kepada umat Islam Amerika berada dalam bahaya dan ancaman semenjak September 2001.

Selain Dr. Zuhdi, terdapat pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bersetuju dengan Cordoba Initiative antaranya ialah Ahmadiyya Muslim Community (London), Center for Islamic Plurasim (Amerika), Pengarah Televisyen Al-Arabiya dan lain-lain lagi.

Kesemuanya bersetuju bahawa mereka sangsi mengapa Cordoba Initiative memilih lokasi terbabit yang sudah pasti bakal mencetuskan kemarahan masyarakat bukan Islam Amerika.

2. “….dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri)”.

Multi-billionaire terkenal Amerika, Donald Trump secara peribadi menawarkan kawasan lain di sekitar New York untuk pembinaan masjid baru manakala semua kos akan ditanggung oleh beliau. Malangnya, Cordoba Initiative enggan menerima tawaran tersebut, mereka menguatkan keingkaran mereka dengan hujah kononnya masjid sangat diperlukan di Ground Zero.

Pada 9 Sept 2010, jurucakap Cordoba Initiative memberitahu mereka tetap dengan pendirian mereka membina masjid di situ kerana mendapat sokongan White House. Keengganan mereka memindah masjid menjadi tanda tanya sebahagian pemerhati konspirasi kerana ia boleh mewujudkan rasa benci jangka panjang masyarakat bukan Islam seluruh dunia. Walaupun tujuan itu dilihat murni kerana membina tempat ibadat umat Islam New York tetapi sokongan padu White House yang diluar jangka sentiasa menjadi persoalan.

3. “…juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu.”

Ayat di atas jelas membuktikan bahawa Masjid Ground Zero boleh dijadikan tempat intipan oleh kelompok Yahudi Zionis mengenalpasti mana-mana individu muslim yang sangat produktif dalam menegakkan syariah islamiyah. Sekiranya masjid tersebut siap dan setelah ramai umat Islam bersolat dan beraktiviti di sana maka adalah mudah golongan Illuminati mengintip mana-mana umat Islam yang sangat tegas pendirian syariah Islamiyahnya.

Ayat tersebut dengan jelas memberitahu tujuan sebenar masjid itu adalah untuk tujuan mengintip. Ayat tersebut memang benar kerana dana membina bangunan 13 tingkat Cordoba House yang di dalamnya akan mempunyai masjid datang dari sumbangan organisasi-organisasi Yahudi elit seperti Rockefeller.

Adakah kelompok Yahudi elit ini sengaja menghabiskan duit beratus-ratus juta dollar untuk berbakti kepada umat Islam? Adakah mereka benar-benar untuk membantu?

4. “…dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara).

Maksud ‘ketara’ dalam ayat di atas ialah ‘terbongkar’ atau sudah kelihatan. Dengan pertolongan Allah Subhanawataala, sesungguhnya tidak semua perancangan rahsia Yahudi sentiasa berjaya diselindung. Kini maklumat tentang penyumbang-penyumbang rahsia yang berada di belakang Cordoba Initiative sudah lebih sebulan terbongkar.

Kini, perkara yang terbongkar bukan sahaja setakat penyumbang-penyumbang ‘misteri’ seperti Rockefeller, malah pembinaa Masjid Ground Zero dipercayai didalangi oleh agen-agen CIA antaranya ialah R. Leslie Deak. Leslie terlibat dengan pengurusan Cordoba Initiative sejak 2004 lagi dan pernah menyumbang dana peribadi sebanyak USD98,000 kepada organisasi itu.

Leslie merupakan ahli lembaga penasihat rasmi bagi Cordoba Initiative di New York dan cawangannya di Kuala Lumpur, Malaysia. Syarikat utama Leslie iaitu Patriot Defense Group adalah kumpulan yang bertanggungjawab mengurus kos-kos semua operasi agen CIA di Timur Tengah. Leslie pernah berkahwin dengan wanita Yahudi, dan kini berkahwin pula dengan wanita Islam, Moshira Soliman.

leslie_rockefeller

(Kiri) Leslie Deak bersama isterinya, Moshira Soliman (Kanan) David Rockefeller, raja konspirasi Yahudi elit antarabangsa. Berumur 95 tahun dan masih kuat bergerak merata ke seluruh dunia.

5. “….mereka bersumpah dengan berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata.”

Tetapi pada akhir ayat tersebut disertakan satu ‘ungkapan’ kata-kata golongan munafik iaitu mereka mendirikan untuk tujuan kebaikan semata-mata. Apakah ungkapan ini sengaja untuk mengindahkan ayat 107, tentunya tidak, ia adalah amaran nyata dari Allah.

Buktinya, di dalam semua temu ramah yang disertai Imam Feisal Abdul Rauf, beliau sering mengulang-ulang kenyataan pembinaa masjid dan Cordoba House adalah untuk ‘keamanan’ dan mengeratkan ‘perpaduan’ antara Islam dengan Kristian dan Yahudi.

Jelaslah bahawa keseluruhan intipati ayat 107 sangat tepat bunyinya dengan situasi sekarang ia seolah-olah mengisyaratkan berita masa depan untuk renungan umat Islam.

Surah At-Taubah, ayat 109;

taubah_109

Maksudnya;

“Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikan di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”

Di bawah ini kami cerakinkan intipati ayat 109 dan membuat kesesuaian fakta dengan situasi-situasi yang berlaku sekarang ini. Lihatlah kebenaran ayat 109.

Keseragaman Peristiwa Dengan Ayat 109

1. “….ataukah orang yang membangunkan masjid ….”

Ayat di atas menunjukkan amaran Allah tentang perilaku seseorang yang melakusan sesuatu urusan kerja pembinaan masjid. ‘Orang’ yang dimaksudkan boleh jadi merujuk kepada pemimpin Cordoba Initiative, ASMA , pemaju dan individu lain yang terlibat.

Selain itu, syarikat yang bertanggungjawab untuk membina Cordoba House dan Masjid Ground Zero juga boleh dinisbahkan pada maksud ‘orang’ yang diterjemahkan itu. Ini kerana, pengarah Soho Properties, Sharif El-Gamal mempunyai identiti Islam yang meragukan walaupun baru memeluk Islam pada 2001.

Ia kerana walaupun Sharif El-Gamal (gambar) seorang Islam namun beliau juga adalah ahli pertubuhan Yahudi di Manhattan (Jewish Community Center of Manhattan) malah anak perempuannya juga didaftarkan sebagai ahli kelab renang di pusat tersebut. Sharif juga pernah disabitkan pelbagai kesalahan jenayah sejak 1990.

sharif_g

(atas) Sharif El-Gamal ditemu bual wartawan.

2. “….masjid yang didirikan di tepi jurang (hampir) runtuh, ….”

Intipati ayat ini sangat jelas kerana ia merujuk terus kepada bangunan masjid yang bakal dibina di tepi tapak runtuhan World Trade Center (WTC). Cordoba House dan Masjid Ground Zero s dalam kertas kerjanya menyebut akan dibina 600 kaki atau 2 blok daripada Ground Zero dengan setinggi 13 tingkat.

mgz_site

Gambar di atas menunjukkan blok bangunan (bulatan merah) yang bakal diubahsuai dan dijadikan Masjid Groud Zero. Imej runtuhan tersebut adalah Gorund Zero.

Mengapa di dalam ayat di atas disebut jurang? Sedangkan tiada ‘jurang’ yang kelihatan pada tapak Ground Zero melainkan saki baki runtuhan WTC.

Pada pandangan kami (ini bukan sejenis tafsiran ayat Al-Quran), jurang tersebut jelas merujuk kepada fizikal World Trade Center jika dilihat dari posisi atas atau ‘cloud view’. Kedudukan dua blok WTC yang tinggi menampakkan ia seakan-akan jurang yang mendalam. Lihat gambar bawah.

jurang

Allah Mencela Orang Yang Merendah-rendahkan Hikmah Ayat Al-Quran

Dalam surah At-Taubah, ayat 124;

taubah_124

Maksudnya;

“Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): “siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?” Dan adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya).”

Allah Maha Bijaksana dalam urusan wahyuNya, lihatlah sahaja pada surah At-Taubah, ayat 124

Ayat di atas sudah cukup untuk membalas ejekan sesetengah golongan Islam yang selalu memandang rendah akan hikmah ayat-ayat Al-Quran. Ia juga menjadi peluru hidup kepada sesetengah golongan Islam sendiri yang selalu menganggap setiap kejadian di dunia hanyalah ‘kebetulan’ sahaja dengan apa yang difirmankan dalam Al-Quran.

Rahsia Lain Surah At-Taubah

Di sini kami akan tunjukkan betapa hebatnya firman-firman Allah dalam Al-Quran dan mukjizat terselindung di sebalik ayat-ayat tersebut.

Pertama : Lokasi Masjid Ground Zero

Beza antara ayat 107 dan 109 (At-Taubah) adalah 2 iaitu (109 -107 = 2), maka dapat dilihat bahawa lokasi bangunan yang digunakan untuk membina Masjid Ground Zero ialah 2 blok daripada tapak runtuhan WTC.

Kedua : Tarikh kejadian 11.09.2001 atau 911

Ayat 107 dan 109 ini terkandung dalam surah At-Taubah. Seperti yang kita sedia maklum bahawa surah At-Taubah berada pada surah ke-9 dan juz ke-11.

Hikmah di sebalik Isu Pembakaran Al-Quran

Sesuatu yang ditakdirkan Allah sudah pasti membawa hikmah, ia bukan persoalan nasib tetapi pengajaran serta amaran yang cuba dilemparkan Allah ke atas hati-hati umat Islam.

Disebalik isu ini dan pembongkaran Al-Quran tentang Masjid Ground Zero, ia sedikit sebanyak boleh menyedarkan umat Islam bahawasanya umat Islam perlu lebih berhati-hati dalam setiap isu sensitif yang cuba dibangkitkan oleh puak kuffar.

Umat Islam juga harus lebih sedar bahawasanya perancangan sulit Yahudi bukan setakat menceroboh negara-negara Islam melalui peperangan-peperangan yang dicetuskan tetapi perancangan itu boleh berupa sebuah pertubuhan Islam, gerakan Islam, persidangan hatta mungkin orang Islam sendiri sebagai tali barut zionis.

Na’uzubillahiminzaalik …

P/S: Perhatian, pembongkaran di atas bukanlah sejenis tafsiran ayat Al-Quran, ianya sekadar membuat perbandingan fakta antara peristiwa semasa dengan perkhabaran dalam Al-Quran. Bagi melihat tafsiran yang tepat, pembaca disarankan merujuk kitab-kitab tafsir karangan ulama’-ulama’ muktabar seperti Tafsir Al-Azhar, Tafsir Ibnu Kathir dan sebagainya.

18 October 2010

I prostrate to You, Ya Allah...

Assalamualaikum w.b.t... dan Salam sejahtera...


Moga kita semua berada dalam rahmat-Nya sentiasa.


      Pagi ini ketika aku bangun jam 5 pagi, kawasan perumahanku dilanda ribut pantai, Alhamdulillah tidak kedengaran langsung bunyi bumbung terbang dari rumah... Namun, dengan kuasa-Mu... lebih kurang jam 7 pagi, kau tetap memberikan kami sinaran mentari dan pelangi yang membahagiakan hati... Apa perkaitannya dengan cerita hidupku di bawah ini nanti? Kaitannya ialah ia berlaku di pagi hari setelah aku diuji-Nya... Subhanallah...


      Semakin aku hampir dengan usia 20 tahun, semakin aku berfikiran lebih dewasa. Aku mula memikirkan tentang masa depan ku, dan ini menyebabkan aku makin keliru. Apakah perasaan yang aku rasakan pada ketika ini? Adakah ianya cinta? Persoalan ini sering menuju di benak fikiran ku. Aduh, peningnya kepala aku memikirkannya...


      Maka, disebabkan terlalu pening, aku telah mempersoalkan rasa hati ini kepada mama, maka sbg seorang mama yang bertanggungjawab, aku telah dinasihatkan supaya melakukan istikharah... Ya, betul! Inilah yang telah aku lupa untuk lakukan... berdoa kepada-Nya... Sebelum ni aku sering beristikharah utk mmbuat sesuatu kputusan dlm hidup, tapi knapa tidak pada kali ini? untuk melihat jodoh? tak salahkan? seblum kita trsalah langkah...


      Di pagi yang hening itu, telah ku bermunajat kepada-Nya, "Ya Allah, dia jika benar utkku, dekatkanlah hatinya dengn hatiku, jika dia bukan utkku, redhakanlah hatiku dengan ketentuanmu..." Selepas itu, aku pun tidur semula dgn pengharapan dapatlah mimpinya... Namun, Allah s.w.t itu Maha Mengetahui... Pada keesokan harinya, walau masih belum diberi ptunjuk lagi, aku telah memberanikan diri utk bertanya pada si dia, adakah dia sudi menerimaku...


      Selama sehari aku menanti jwpan dia, akhirnya telah terjawab... Setelah kami berbincang, maka kata sepakat telah dipersetujui, agar lebih utamakan pelajaran pada masa ini, biarlah lepas graduate nnt klu nk bercinta pun... Ya, aku setuju dengan pendapatnya, maka sepertimana di dalam doaku, telah diredhakan hati aku dengan ketentuan ini... Ya Allah, Engkau Maha Besar... Kau telah menguji aku, benarkah aku seorang yang redha dengan ketentuanmu, Alhamdulillah, sememangnya aku redha...


      Malam itu, aku tidur dengan hati yang tenang, tiada lagi kekusutan... Hendak dijadikan cerita, sekali lagi Allah telah menunjukkan keagungan-Nya terhadap diriku, persoalan istikharah ku telah terjawab... ternyata dia bukanlah untukku... Aku redha dengan ketentuanmu Ya Rabb... kerana kau telah menunjukkan yang lebih baik untuk diri ini... Walau tidak terlihat akan wajah jodoh ku itu, tapi kau telah mmberi ptunjuk yg lebih baik, yang telah menambahkan keimanan ku terhadap-Mu... Sehingga di saat aku sedang menulis di blog ini, masih terngiang-ngiang akan petunjuk-Mu itu, "Inilah mak bapak saya..." terdengar suara berkata-kata sambil Engkau perlihatkan fizikal pasangan ibu bapa itu kepadaku... Setelah kau uji dengan hujan lebat, kau berikan aku sinar mentari dan pelangi...  Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...



23 September 2010

Andai esok Jumaat terakhir...

Andai esok Jumaat terakhir...
Izinkan aku untuk melangkah ke rumah-Mu,
Ku i'tikaf,
Menunaikan ibadah dengan penuh ketenangan,
kesyahduan, keinsafan, dan khusyuk.
Menghabiskan saki-baki waktu milik nyawaku.


Andai esok Jumaat terakhir,
Izinkan aku berjumpa sahabat handai terlebih dahulu,
Ku bersenda,
Bertanya khabar mereka dengan penuh rasa sayang,
bermaafan, menghargai mereka, dan berpesan.
Menghabiskan saki-baki waktu milik nyawaku.


Andai esok Jumaat terakhir,
Izinkan aku melihat kebesaran-Mu buat yang terakhir,
Ku syukur,
Melihat sinar mentari, menghirup bayu yang dingin,
cuaca redup, tenang dan penuh dengan ciptaan-Mu.
Menghabiskan saki-baki waktu milik nyawaku.


Andai esok Jumaat terakhir,
Redhakanlah pemergianku,
Aku hanya meneruskan perjalananku di titian hidup.
Kamu akan menyusul aku nanti, cuma masa yang membezakan.
Biarkan aku sendiri, menggigil sejuk,
menanti akan saat jiwaku melayang pergi...


Andai esok Jumaat terakhir...

17 September 2010

Badan je besar...

Assalamualaikum... Salam sejahtera...


Yang kecil x semestinya lemah, yg besar x smestinya kuat.


      Apa lah yg aku merepek lagi ni, tadi kata nk tdur, tp dul tulis blog pula. Owh-k@y la, lpas ni aku trus g tdur, esk nk baraan lagi kan... Aku rasa nk tulis luahan hati ni juga, kalau x tdur mlm ni msti x nyenyak punya...


      Al-kisah lahirnya manusia bernama Muhammad Farydzul Fareez dengan tubuh badan yg sihat, ye! SIHAT! haha~~ dan badan yg besar... Tapi walau besar mana pun badan seseorang itu, x semestinya dia kuat. Walau tubuhnya sihat dan kuat, bagaimana pula dgn mentalnya? Sihat kah ia, kuatkah ia? Apa yg brlaku pada MFF ni, mentalnya tidak berapa kuat, seringkali mghadapi depression, tapi masih boleh tersenyum pula... Gila kot? haha~~


      Alangkah baiknya kalau dapat ditonjolkan rasa itu mlalui ekspresi mukanya, tp tidak. Dia tak sanggup buat begitu, MFF tak mahu mereka yg sdang bergmbira di sekelilingnya mnjadi duka kerana nya... Bukankah kejam kalau kita mnyebabkan org sekeliling kita berduka? Ibaratnya kita pergi ke majlis di rumah orang lain, dan kita mmbuat kacau-bilau disitu, Masya-Allah... Jangan lah kita jadi begini...


      Seseorang manusia berbeza dari seseorang yang lain... Andai smuanya sama, maka x indah lah dunia... MFF ni pun berbeza dgn org lain, dia xkuat, xmmpu nk buat kerja sorg2, tiada kepimpinan dalam dirinya... Dia mohon pada kalian smua, pilihlah org lain yg lbih layak utk memimpin kalian, dia x mmpu utk berlaku adil, dia x mmpu utk mggembirakan smuanya, dia xmmpu utk merangka program dgn baik. Sesungguhnya masih ramai lagi diantara kita yg mampu merancang dgn lebih baik...


      Pastinya hati dia kurang gmbira andai ada yg xbrpuas hati dgn program rangkaannya... Lbih2 lagi jika ada yg berkata-kata dibelakang, tp dia harap tiada yg begitu, kerana kita bukan manusia smpurna, sama-samalah kita saling mmbantu antara satu sama lain... Tp MFF tidak kisah dgn smua itu, dia akan trus mncuba mggembirakan yg lain slagi hayat di kandung badan. Disamping itu, kita juga perlu igt, manusia punya perasaan. Andai ada salah dan silap, trus saja beritahu padanya, dia xmarah, tp dia akan cuba tuk perbaiki dirinya...


    Sekian saja pada kali ni, diharap hubungan yg terjalin akan trus kekal abadi...
Assalamualaikum...






Asalkan korg gembira... =)

15 September 2010

Kerja gila? haha~~

Assalamualaikum... knock!2x "who's there?" "it's me, CHEMONTEL."

haha~~ welcome to my blog. I dunno whats wrong with me for a few days back, n its kinda screw me up. Yeah, men problems, woman, heart feeling, job, future, children, haha~~ lots of thing to do... 

But actually, it is regarding how people feel about me, do they like me? or they didnt? Its kinda fussing me n of course my mind getting tired juz by thinking of this human to human problem, haha~~ but i juz hope that they arent jealous of me, haha~~

So, as a result, i have decided to make a poll about myself, juz a simple question, whether u like me or not. Juz click the respective button. Dont u mind doing it? I say thank you if u already done it coz it can help to improve my personality...




Till then, i'll juz wait 4 the result...
Salam...

04 September 2010

Excite! Pelik2...

Assalamualaikum... Salam sjahtera smuanya... pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik, dah nk RAYA sudah! haha~~ ari ni hari kdua aku brada dirumah, masih trasa pnat prjlnan balik umah smlm, haha (walaupun dekat je)... (-_-")

      Bila dah ada kat rumah ni, mula lah aku buat macam-macam, main game, main game, main game... hahaha~~ Aku tengok adik aku pun main game jugak, tapi game dia lagi pelik, asyik dok bunyi kucing mengiau je dari tadi, pelik tul game kat FB skarang ni... But, yang penting sekali arini aku nak g reunion ngan dak2 klas form 6, yay!!! berbuka puasa bersama-sama... Korang jangan lupa bawa makanan tau... huhu~~ umah aku jauh, takkan nk bawa bekas mee goreng naik bas,haha~~ (alasan lapuk drpd aku, hihi~~) JANGAN risau, aku bawa makanan gak nanti...

      Harap sangat-sangat yang hubungan baik ni akan terus terjalin... Walau hanya setahun setengah berkawan tapi macam-macam aktiviti yang kita dah uat bersama... g camping, g camping, g camping, berpiknik, buka puasa, mandi laut, mandi sungai, makan tengah hari kat kedai mamak, uat study group, tak siapkan keje sekolah sama-sama, haha~~ best tul lah!!!
Sebab tu lah kali ni kita nak uat berbuka puasa lagi... Nanti raya pun kita g baraan lagi ye...

     Aku dah agak perkara ni akan berlaku, bila dah start mnulis je msti idea nk ilang... ni yang malas ni, haha~~ tapi xpe... nanti aku akan mnulis lagi, korg jangan risau k, sekian je tuk kali ni...

Assalamualaikum...

28 August 2010

Wajah baru?!

Assalamualaikum w.b.t... Selamat malam. (eh, betul ke?) haha~~


1. Wajah baru setelah hampir beberapa bulan pakai layout yang sama...
Wajah baru tak bermakna isi atau topik yang baru, aku tetap kekalkan dengan pendirian yang lama (aku akan cakap apa yang aku nak, tapi berlapik la...) Dengan ini, aku harap akan terus dapat semangat untuk menulis di blog ni dan berkongsi pengalaman, idea serta coretan hati kepada korang semua.


2. Aku akan cuba untuk update blog dengan lebih kerap lagi lepas ni, Insya-Allah... Kalau ada apa-apa yang menarik untuk dikongsi pasti aku akan post disini. Tapi takde gambar la sebab handphone murah la katakan, mana ada kamera,haha~~


3. Terima kasih sebab terus membaca blog aku, dan jangan lupa tinggalkan komen lepas dah baca tu okay? haha~~


Sekian.

From chestnut I fall...

Salam... salam 1Malaysia!

Jgn terkeliru, hihi~~ walau aku menggunakan title English, tp pnulisan ku lebih kepada Melayu... saja aku gunakan tuk mnarik perhatian ramai... 

Saja aku mnulis pada hari ni tuk melepaskan sgala perkara yg memberatkan kpala otak aku slama sminggu ni... 

daun maple di musim luruh...

      Aku tak tau knapa tiba2 hati tergerak nk cari gmbo daun maple nih, dan bila dh jmpa plak, i dont really know whats happening to me, but I juz got attracted by the colours and shape... Maybe its bcoz of sorrows that is in my heart juz now. Pelbagai usaha aku cuba lakukan utk selesaikan masalah yg timbul, tp benar kata2 manusia tak prnah lari dr masalah, setiap detik pasti akan timbul yg baru... Alangkah indahnya kalu probs tu smua boleh gugur seperti gugurnya daun maple di musim luruh... Ah, terlalu cantik daun maple utk ku jelaskan! 
Memang aku impikan tuk mlihat daun maple luruh dgn mata ku sndiri... Seakan ia dapat mmberi sdikit ketenangan di hati.

      Maka bermulanya episod kdua arini, aku mula mncari apakah simboliknya pohon Maple itu... Owh, baru aku tau rupanya ia penuh dengan imaginasi dan bukan calang2 org... mgkin ini yg mndorong aku...
      Tp aku terperasan pula yg maple itu bukan dlm lingkungan tarikh lahir aku, sebaliknya ia adalh 'Chestnut'! Ya, chestnut! Apa yg simboliknya???



Di situ aku digambar sbg seorg yg interesting, sensitif, dilahirkan sbg seorg diplomat (err, mknanya berkarisma la ye?) Ini part2 yg best... yg x bestnya, dorg kata aku ni sukar memilih pasangan, cehhh!!! Tp umumnya chestnut mewakili "the Honesty".

Biarkanlah, jodoh pertemuan adalh kuasa Allah! semua sumber di atas skadar smber utk kita lebih memahami diri dan mmperbaiki salah silap kita... Mgkin ada hikmahnya dlm setiap kjadian itu...

Sekian buat kali ini, Salam... hingga ketemu lagi...

16 August 2010

Kata Sayang Untuk Siapa?

Umpama pungguk rindukan bulan...


Inilah antara perumpaan Melayu yang digunapakai untuk melambangkan rindunya seseorang kekasih kepada buah hatinya.
Tapi mengapa mesti buah hati? Tidak ibu dan bapa yang saban hari membanting tulang mencari nafkah utk anak-anak yg disayangi. YA! Anak-anak yg diSAYANGi!


Hah! Zaman teknologi telah tiba, dahulunya kita mnggunakan posmen utk mngantar surat tp kini sudah ada Handphone, internet, laman2 sosial! Mudah utk kita berkomunikasi, takde lah kita mgharapkan posmen utk mmbantu lg... Mudahnya hidup hari ini, seolah tiada lagi halangan atau permasalahan hidup ini... Senangnya hidup... Nk buat homework, bleh trus call cgu2 atau kwn2, x perlu lagi prgi ke rumah kwn2 atau mnggu cgu utk mnelesaikan homewrk... Huh! Anak2 muda... kecil2 lagi sudah bergaya dgn handphone canggih-canggih... Sudah la telefon canggih, ada pula kekasih hati... Haih, saban malam bergayut di telefon tu, homework ntah ke mana, revision apatah lagi, mgkin tiada dlm kamus hidup nya...


'Dah makan?' 'Makan apa?' 'Tgh uatpe tu?' setiap kali soalan yg sama diajukan... Ahhh! terbang melayang begitu saja kredit HP tu... Ditangkap pula gambar2 n di antar kpd buah ati nye... yg prmpuannye dgn buat muka cute, yg lelaki pula uat muka macho... bgambar pula di bwh pokok dpan rumah, haha... Macam-macam hal... smuanya mggunakan duit utk di hantar kpd buah hatinya... Mana la dapat duit byk2 tu...


MANA LAGI KALAU BUKAN BIASISWA FAMA! (father n mother) INGAT! BIASISWA! BIASISWA! BIASISWA! Tidak sesen pun mereka mnta balik... tapi kita senang2 je mnta utk beli topup yg dh abis tu... Pernah tak soalan2 tadi tu di hantar kpd mak ayah kita sewaktu mereka sedang rehat tgh hari? Aku berani jamin, tiada yg buat begitu dgn ikhlas, biasanya klu ada yg btanya, pastinya ad udang di sebalik batu... ha! tersentak la tu baca post ni! 


Sabar wahai insan... jangan marah2... ini hanya ingatan utk kita smua... Mak dan ayah bukan tukang cop duit utk kita tukar HP baru bila dh rosak, bukan utk topup kredit kita yg habis tuk msj buah hati je... Biarlah titik peluh mereka itu utk tujuan yg baik2... Gunakanlah utk plajaran... Beli buku2 ilmiah dgn duit itu... Biarlah hidup BERSEDERHANA... Jgn lah asyik berfoya dan kmudian meminta pd mereka...


Bersusah dahulu, bersenang kemudian...


Biarlah hidup kita susah sdikit skarang ni, esk bila dh besar guna lah duit sndiri tuk berbelanja...
Sudah la, taip pnjang2 pun bukan korg nk sedar, ye x? Xpe lah, mgkin x semua yg baca ni akan sedar, mgkin x separuh, mgkin sedikit, atau sekelumit, tp aku berharap ad juga lah 2 3 org yg akan sedar bila baca ni...


Sekian...

04 August 2010

Hidup Baru (lmbtnya aku update)



    As-salam dan salam sejahtera, Salam 1Malaysia... Dah lama rasanya aku x mnulis kat tinta blog ni (haih... asal bka blog je ni la ayat prtama aku kan? haha~~) Bukannya apa, dlm sebulan dua ni byk sgt prkara yg berlaku smpai kan x sempat2 aku nk tuils kat blog ni... Tp xpe, yg berlalu biar brlalu, yg pnting skang ni aku smpat nk mnulis lg sdangkan assignment bru sparuh jln...

    Al-kisahnya, sebulan sblum kputusan kmasukan U diumumkan, dak2 form 6 dah uat rancangan tuk uat jamuan Ikatan Kasih yg mana kami berkumpul smula beramai-ramai bersama dgn guru2 utk mngenang kmbali jasa2 para guru... Tidak ktinggalan juga rakan2 yg bersama ktika di lower 6 yg turut djemput dan sudi mghadirkan diri... Kita hanya merancang dan Tuhan lah yg mnentukan... beberapa hari sblum majlis brlangsung, Keputusan kemasukan ke U tlah diumumkan, kami jangkakan ia akan kluar pd mggu brikutnya, tp apakan daya... Apa yg kami risaukan ialah, segelintir  rakan2 kami yg tidak mndpt tmpat ke U akan mngundur diri dr majlis itu, tp Alhamdulillah jangkaan itu meleset, mereka tetap turut serta pada hari mjlis itu berlangsung... Alangkah gembiranya hati bila dpt brkumpul kmbali stelah beberapa bulan berpisah slpas tamat persekolahan...

Sejurus slpas tamatnya majlis, kami smua bergegas utk mngemas tapak mjlis... kerana mulai esknya, mereka yg mndpt twrn ke UiTM perlu bersiap-sedia krna masa hnya tggal beberapa hari sja lagi sblum tarikh melapor diri ke kampus...
Ternyata sminggu itu bgitu memenatkan kerana aku prlu mnguruskan smuanya sndiri... Tapi itulah pngalaman... bila kita buat smuanya sndiri, hati kita puas... Tiada pljrn yg lebih baik dr pngalaman...

Di rumah kluarga encik Mohd Zain, terima kasih bg ktorg tmpang mjlis...


Huih, aku rasa nk stop dlu stakat ni... baik aku sambung karang assignment dri aku taip pnjang2 kat sini kan? haha~~
Till we meet again, Daa~~ Salam...

14 June 2010

Kenal ke?

Assalamualaikum w.b.t...

Entri kali ni khusus ditujukan kepada mereka yg tak percaya... haha~~ kenapa? x percaya ke?
Ni utk mmbuktikan bahawa aku ni Muhammad Farydzul Fareez, dan bukannya org yg di sebutkan oleh individu yg mesj aku dlm 2 3 ari ni, haha~~

23 May 2010

Tepi Kain Seluar Sendiri

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia...

Kbelakangan ni aku byk luahkan kata melalui puisi aje, mgkin pada waktu tu puisi adalah media yg bersesuaian, tpi ari ni aku nk mengarang plak, ye la... klau lama x mngarang nnt mnulis pun dh tak pandai dh...

Bukan suka-suka ati aku pilih tajuk 'tepi kain seluar sendiri' ni, tp aku nk mnimbulkan satu persoalan... Ya persoalan... so, apa yg korg fikirkan bila baca tajuk ni sbenar td?
Msti korg igt aku ni seorg busy body kan? haha~~ sbnarnya tak, aku bukan busy body... tapi sebnarnya 'kain' tu yg cari aku...

tujuan pnulisan ni bukan brmaksud aku tak bersyukur dgn nikmat dan kurnia-Nya, tp cuma aku tertanya-tanya... Apa kualiti yg ada pada aku hinggakan org mrujuk segala perkara kat aku, dri segala aspek mslah... hidup sharian, kputusan yg rumit dll... kadang-kala aku rasa macam library bergerak dh aku ni...

Aku mnta maaf kdg2 mmg aku xde jwpnnye, bukannya aku xnk tolong korg...
Keadaan ni sering timbulkan prsoalan, apa yg ada kat aku? ilmu x sberapa pun, walau aku cuba tingkatkan setiap hari, tp aku rasa ilmu aku lagi sedikit dri yg lain2, apa yg buatkan korg sering brtanya kat aku? RSVP please...

hingga ad segelintir yg cakap, 'kau ni asik pikir kan hal org je, hal sndiri la plak...'
aku xtau nk respons cmner, aku x mnolak dn aku x mgharap ptanyaan, aku juz terima je dgn biasa... tp btul gak apa yg dikatakan tu, bila nk jaga tepi kain seluar sndiri???

yg bagusnya, keadaan mcmni bantu aku nk paham lagi keadaan skeliling, mcm2 senario aku jmpa... cthnya: ad yg mngadu kawan x pedulikan dia, tp yg peliknya bila ajak berbincang sama, dia uat dunno je, sepatah idea n pndangan pun x kuar dri mulut dia, aku je yg berbuih mulut bercakap... paling2 pun dia cakap 'aku folow je'... pastu mmbatu melayan perasaan sndiri...
sakit ati tul aku bila berhadapan ngan manusia cmni, huh!
bila aku tgk, aku risik2 khabar, ngan orang lain ok plak dia, DUNIA, DUNIA!

ok la, aku dh puas tuk ari ni, lain kali aku rasa trtekan ke gmbira ke, aku mnulis lg k, assalamualaikum...

19 May 2010

Nazam Kasih Ayah dan Ibu

nazam: kasih ayah dan ibu

ibu mengandung 9 bulan
lebih dan kurang tak ditentukan
lahirkan dikau berapa kesakitan
berpantang pula minum dan makan

cukuplah masa sampai ketika
lahirlah engkau ke dalam dunia
barulah suka ibu dan bapa
kepada engkau sangat kasihnya

harap ibumu bukan sedikit
tinggilah harap darinya bukit
lama ibumu merasa sakit
9 bulan tidak berbangkit

setelah kamu sudahlah ada
siang dan malam ibumu jaga
tidurpun tidak barang seketika
makan dan minum tidak berasa

berapalah dian dengannya tanglung
diangkat dituam lalu dibedung
sudahla jaga lalu didukung
kasih dan sayang tidak tertanggung

tidaklah tentu siang dan malam
bangun memangku di dalam kelam
terkejut jaga di tengah malam
tidurpun tidak lekat di tilam

rela ibumu menanggung hutang
kain dan baju tidak dipandang
basah diampai kering dipinggang
didukung galas tidak berengggang

kenang ayahmu anak bangsawan
barang katanya jangan dilawan
ibu bapamu hubungan Tuhan
baru sempurna anak budiman

hai segala anaknya adam
kasihnya ibu tiada sempadan
kasihnya ayah rela berkorban
badan dan nyawa jadi taruhan

credits to Roslan Madun yg melagukan nazam ni

Dibalik muka biasa itu.

Menderu laju angin yang dibawa lori kontena,
terbang debu-debu dijalanan,
saban hari senario yang sama ditatapi.

Dibalik muka biasa itu,
mahu mengejar kesenangan,
menberi kemewahan,
selagi tubuh beroleh keringat.

Bergadai nyawa saban hari,
Dijalan yang kering dan basah,
Umpama mengejar wang di jalan raya,
Demi sesuap nasi,
Demi anak dan isteri.

Dibalik muka biasa itu,
Tersimpan harapan,
Ingin lihat dikau berjaya,
Mengejar cita,
Agar dapat kau membela di hari muka.

Lahirlah kau anak budiman,
Membela nasib orang tua mu,
Yang banyak berjasa.

04 May 2010

Orang boleh SAKIT kawan dengan aku!

Assalamualaikum... Salam Semalaysia...
Biarlah blog aku yang berbicara, lebih senang rasanya tuk aku diblog...

Masih segar dalam ingatan aku ni, yg dulu mmg susah tuk aku berkawan dgn org. Kalau ad pun hanya jiran2 sebelah rumah, kalau kat skolah jangan korg haraplah nk tgk aku berkawan. Mana tak nye, dalam kelas aku diam je, membisu seribu kata, toleh kanan dan kiri pun tak! Aku pandang straight forward ke arah cikgu dan papan hitam. Bila orang sebelah tanya soalan pun susah aku nk jawab, kalau boleh sepatah je aku nk jawab. Kalau tanya pasal kerja sekolah, aku bagi tiru je, malas nk berkata-kata.

Tapi, dalam diam ubi berisi, tiap2 hari aku titipkan doa ke hadrat Allah agar aku diberi kekuatan utk berkawan... Agar aku tak rasa kosong lagi jiwa ni, biar aku dapat merasa apa yang dikatakan sebagai persahabatan. Sehinggalah aku tamat persekolahan tingkatan 5, tiada apa pun...

Telah ditakdirkan, aku mendapat tempat utk masuk ke tingkatan 6, doa aku selama ini telah dimakbulkan Allah! Betapa bersyukur nya aku kerana dapat merasa nikmat persahabatan. Tiada apa yang mengajar aku kehidupan selain dari persahabatan.

Tapi ternyata, keadaan aku yang tidak pernah berkawan dri tadika hingga ke tingkatan 5 ada hikmahnya... Mmg Allah jadikan aku sebegini, mmg aku dijadikan tidak berkawan kerana aku memang tak pandai menjaga hati kawan! Aku dah sakitkan hati seorang dari kawan aku dlm beberapa hari belakangan ini... Tapi percayalah, memang aku tak ingin sakiti sesiapapun...

Hanya Allah yang Maha Mengetahui, mungkin memang inilah jalan hidup aku, aku perju bermusafir sendirian di muka bumi ni...

Ya, mungkin aku perlu kembali seperti dulu agar tiada lagi insani yang sakit disebabkan oleh aku...

Salam dari aku yg tidak layak bergelar kawan...

Awan Kumulonimbus

Aku inginkan rumah besar,
bilik yang luas dan kedap bunyi,
cukup ruangan 'privacy'.

Kenapa aku perlukan semua itu?
Aku benci guruh dan petir,
Bunyi yang nyaring dan memekik-mekik,
Aduh, sakit telinga aku!

Tatkala awan kumulonimbus berarak,
Aku bagai dapat merasakan kedinginannya,
Membawa kemarahan dan kebencian,
Menyerang Bumi yang bisu seribu bahasa,
Direjamnya dengan dentingan-dentingan kilat,
Bak tiada lagi belai kasih.

Ah! ingin saja aku menghalaunya,
Tapi apa daya ku,
Hanya ilmu yang sedikit,
Sedang awan itu setinggi bukit.

Biarlah masa yang menentukan,
Awan itu akan berlalu jua bila tiba tikanya,
Meski aku tahu awan kumulonimbus itu pasti kembali!

02 May 2010

Warkah buat teman-teman


Assalamualaikum...

Selesai di tinta Facebook, kini aku membuka pula blog aku. Bukannya ingin berniat mengganggu hidup kalian, cuma aku ingin meluahkan kata hati yg tersimpan. Aku terasa seperti telah melakukan satu kekhilafan kepada teman2 sepanjang 2-3 hari ini...

Maafkanlah aku andai tersalah kata,
Andai aku terucap kata hina,
Jikalau aku berahsia,
Pasti ad sebabnya... Janganlah kau mngambil hati akan ku ini...

Wahai temanku,
Kalau kau x d undang sekalipun,
Jgn kau berpaling diri,
Mungkin itu silapku sbg insani...

Wahai temanku,
Aku berusaha sehabis daya,
Aku cuba, aku kerah tulang 4 keratku,
Untuk pastikan kau gembira,
Kau bahagia, kau tertawa...
Agar kau terlupa maksud berduka...

Wahai temanku,
Jangan kau menangis,
Jangan kau berduka,
Luahkanlah segala rasa,
Aku sedia mendengar,
Kerana aku cuba menjadi teman yg baik buatmu,
Duhai temanku...

Usah kau tolak aku,
Palingkanlah muka mu ke arah aku,
Senyumlah seperti slalu,
Umpama waktu dahulu,
Saat kita bersuka bersama,
Berduka bersama...

Wahai temanku,
Andai aku berjaya,
Aku ingin kau turut berjaya,
Aku tak mahu ada antara kita yg tertinggal,
Aku tak sedap hati andai berlaku sebegitu,
Takkan tenang hatiku mengenangnya...

Izinkanlah aku bersahabat dengan mu,
Wahai temanku...

12 April 2010

Ruhil - Anak Dunia

Ni antara lagu pertama aku berkecimpung dlm bidang koir, time tuh baru form 2, muke kawan2 sume sweet lagi,haha~~

Ruhil - Anak Dunia

Ingin ku nyanyikan
Sebuah harapan
Sebagai pesanan
Agar berkesan di hatimu

Wahai anak dunia
Mari kita berdoa
Untuk sebuah dunia
Yang damai sejahtera

Walaupun kemarau
Tidurmu meracau
Bangunlah kemudian
Bersihkan hitam di kakimu

Wahai anak dunia
Mari kita bersama
Berkumpul bermuhibbah
Lupakan beza rupa

Di mana kau ada
Bumi tetap sama
Langit biru indah
Bukankah semua milik kita

Wahai anak dunia
Mari kita berikrar
Esok kita membina
Dunia yang lebih sempurna...

09 April 2010

While I was there...

While I was there...
I learn to laugh,
I learn to believe in people,
I learn to live to the fullest,
Knowing the meaning of a family,
Making up friends,
Respecting all kind of person there...

While I was there...
I learn to mad,
I learn to hate people,
I learn to oppose on those hatred person,
Knowing the meaning of hard-boiled,
Making up rivals,
Pushing all the persons there...

What can I say,
Travel is experience...

Those hard days and regrets,
Thought me how to make any hard decisions,
To believe on people,
Is like to put your at stake,
Be killed or befriend...

People enjoy with you,
Making plans on you,
Just to use you,
To get to others,
Like a rhyme...

"A mice helping to fly a kite,
then bitten the string of the little kite,
Fly! Fly! you little kite,
Go forever before my sight"

To achieve by pushing others,
Is a bad way of life,
It just make you visible,
To the to the cruel world outside.