Subscribe:

09 August 2009

Warkah Buat yang Tersayang

Tatkala aku tiba di halaman,
Ku hanya melihat rantai yang berkunci di pagar,
Daun yang mulai kekuningan,
Membuktikan ketiadaan kau...
Yang tersayang.

Ku melihat memori dulu,
Sejak aku belum bertatih lagi,
Kau menjaga aku dari setiap sudut pandangan,
Diriku, kesihatanku, makanku, agamaku,
Kau jaga, kau pelihara,
Aku, cucu yang masih tak tahu apa-apa...

Aku tak menyalahkan kau,
Masa kau memarahi hingga menangis,
Aku tahu itu memang dirimu,
Caramu mendidik aku,
Malah marahmu itu menambahkan sayang aku pada kau.

Semakin roda filem berputar kini,
Kau masih menyayangi aku,
Dan aku masih menyayangi kau,
Aku akan rindu pada kau,
Walau sesaat kau tinggalkan aku.

Orang tersayang,
Kau pujuk aku bila ku menangis,
Kau marah bila aku yang salah,
Dan kini kau masih menyuap nasi ke mulutku,
Walau ku telah besar panjang.

Kerana kau orang tersayang...


Nukilan ini khas untuk nenek aku, dia memang seorang yang penyayang...
Terima kasih nenek...
Jaga kitorang sume (para cucu) elok-elok ye...

0 comments:

Post a Comment