Bahan-bahan:
1/4 paket Makaroni
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih (dikisar bersama dengan bawang besar)
1 biji telur (boleh di ganti dengan daging cincang)
Sayur campur (yg ada carrot, kacang peas dan jagung tu) sebanyak mana yg korg suka
1 sudu cili giling
Sos cili (secukup rasa)
Kicap (sebagai warna) saya x guna kicap pd kali ini.
Gula dan garam secukup rasa
(INI UNTUK HIDANGAN 2 ORANG MAKAN TAMBAHKAN BAHAN UNTUK MAKAN BERAMAI-RAMAI)
Cara memasak:
1. Rebuskan makaroni terlebih dahulu sehingga lembut. Awas! Jangan sampai makaroni terlalu kembang. Toskan makaroni.
2. Tumiskan bawang yg telah dikisar bersama dengan cili giling.
3. Gorengkan telur menjadi scrambled eggs. Kemudian ditambah dengan tumisan tadi.
Perhatian! Sekiranya anda menggunakan daging cincang, terus tambahkan dan masak bersama tumisan tadi.
4. Tambahkan sos, kicap, gula dan garam secukup rasa dan mengikut citarasa korg. Kalau ingin pedas,
lebihkan sos cili. (Boleh juga tambah sos tomato)
5. Selepas itu tambahkan sayur campur dan masak sehingga empuk.
6. Akhir sekali, barulah digaulkan bersama dengan makaroni yang telah siap direbus tadi.
SELAMAT MENCUBA! |
4 comments:
mcm sedap jer !!! huhu
try la masak, mmg sedap! =)
i'll try!!
slme nie mak ak yg msk
kali ni nmpk nye kne lah ak kua kn gak air tgn ak yg hbt neh
hahaha
peerrrr...ko ni dh cukup pekaj la...masak tau.. sejuk perut mak..hahahhaha...
Post a Comment