Subscribe:

02 May 2010

Warkah buat teman-teman


Assalamualaikum...

Selesai di tinta Facebook, kini aku membuka pula blog aku. Bukannya ingin berniat mengganggu hidup kalian, cuma aku ingin meluahkan kata hati yg tersimpan. Aku terasa seperti telah melakukan satu kekhilafan kepada teman2 sepanjang 2-3 hari ini...

Maafkanlah aku andai tersalah kata,
Andai aku terucap kata hina,
Jikalau aku berahsia,
Pasti ad sebabnya... Janganlah kau mngambil hati akan ku ini...

Wahai temanku,
Kalau kau x d undang sekalipun,
Jgn kau berpaling diri,
Mungkin itu silapku sbg insani...

Wahai temanku,
Aku berusaha sehabis daya,
Aku cuba, aku kerah tulang 4 keratku,
Untuk pastikan kau gembira,
Kau bahagia, kau tertawa...
Agar kau terlupa maksud berduka...

Wahai temanku,
Jangan kau menangis,
Jangan kau berduka,
Luahkanlah segala rasa,
Aku sedia mendengar,
Kerana aku cuba menjadi teman yg baik buatmu,
Duhai temanku...

Usah kau tolak aku,
Palingkanlah muka mu ke arah aku,
Senyumlah seperti slalu,
Umpama waktu dahulu,
Saat kita bersuka bersama,
Berduka bersama...

Wahai temanku,
Andai aku berjaya,
Aku ingin kau turut berjaya,
Aku tak mahu ada antara kita yg tertinggal,
Aku tak sedap hati andai berlaku sebegitu,
Takkan tenang hatiku mengenangnya...

Izinkanlah aku bersahabat dengan mu,
Wahai temanku...

0 comments:

Post a Comment