Subscribe:

19 May 2010

Dibalik muka biasa itu.

Menderu laju angin yang dibawa lori kontena,
terbang debu-debu dijalanan,
saban hari senario yang sama ditatapi.

Dibalik muka biasa itu,
mahu mengejar kesenangan,
menberi kemewahan,
selagi tubuh beroleh keringat.

Bergadai nyawa saban hari,
Dijalan yang kering dan basah,
Umpama mengejar wang di jalan raya,
Demi sesuap nasi,
Demi anak dan isteri.

Dibalik muka biasa itu,
Tersimpan harapan,
Ingin lihat dikau berjaya,
Mengejar cita,
Agar dapat kau membela di hari muka.

Lahirlah kau anak budiman,
Membela nasib orang tua mu,
Yang banyak berjasa.

0 comments:

Post a Comment