Subscribe:

23 May 2010

Tepi Kain Seluar Sendiri

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia...

Kbelakangan ni aku byk luahkan kata melalui puisi aje, mgkin pada waktu tu puisi adalah media yg bersesuaian, tpi ari ni aku nk mengarang plak, ye la... klau lama x mngarang nnt mnulis pun dh tak pandai dh...

Bukan suka-suka ati aku pilih tajuk 'tepi kain seluar sendiri' ni, tp aku nk mnimbulkan satu persoalan... Ya persoalan... so, apa yg korg fikirkan bila baca tajuk ni sbenar td?
Msti korg igt aku ni seorg busy body kan? haha~~ sbnarnya tak, aku bukan busy body... tapi sebnarnya 'kain' tu yg cari aku...

tujuan pnulisan ni bukan brmaksud aku tak bersyukur dgn nikmat dan kurnia-Nya, tp cuma aku tertanya-tanya... Apa kualiti yg ada pada aku hinggakan org mrujuk segala perkara kat aku, dri segala aspek mslah... hidup sharian, kputusan yg rumit dll... kadang-kala aku rasa macam library bergerak dh aku ni...

Aku mnta maaf kdg2 mmg aku xde jwpnnye, bukannya aku xnk tolong korg...
Keadaan ni sering timbulkan prsoalan, apa yg ada kat aku? ilmu x sberapa pun, walau aku cuba tingkatkan setiap hari, tp aku rasa ilmu aku lagi sedikit dri yg lain2, apa yg buatkan korg sering brtanya kat aku? RSVP please...

hingga ad segelintir yg cakap, 'kau ni asik pikir kan hal org je, hal sndiri la plak...'
aku xtau nk respons cmner, aku x mnolak dn aku x mgharap ptanyaan, aku juz terima je dgn biasa... tp btul gak apa yg dikatakan tu, bila nk jaga tepi kain seluar sndiri???

yg bagusnya, keadaan mcmni bantu aku nk paham lagi keadaan skeliling, mcm2 senario aku jmpa... cthnya: ad yg mngadu kawan x pedulikan dia, tp yg peliknya bila ajak berbincang sama, dia uat dunno je, sepatah idea n pndangan pun x kuar dri mulut dia, aku je yg berbuih mulut bercakap... paling2 pun dia cakap 'aku folow je'... pastu mmbatu melayan perasaan sndiri...
sakit ati tul aku bila berhadapan ngan manusia cmni, huh!
bila aku tgk, aku risik2 khabar, ngan orang lain ok plak dia, DUNIA, DUNIA!

ok la, aku dh puas tuk ari ni, lain kali aku rasa trtekan ke gmbira ke, aku mnulis lg k, assalamualaikum...

19 May 2010

Nazam Kasih Ayah dan Ibu

nazam: kasih ayah dan ibu

ibu mengandung 9 bulan
lebih dan kurang tak ditentukan
lahirkan dikau berapa kesakitan
berpantang pula minum dan makan

cukuplah masa sampai ketika
lahirlah engkau ke dalam dunia
barulah suka ibu dan bapa
kepada engkau sangat kasihnya

harap ibumu bukan sedikit
tinggilah harap darinya bukit
lama ibumu merasa sakit
9 bulan tidak berbangkit

setelah kamu sudahlah ada
siang dan malam ibumu jaga
tidurpun tidak barang seketika
makan dan minum tidak berasa

berapalah dian dengannya tanglung
diangkat dituam lalu dibedung
sudahla jaga lalu didukung
kasih dan sayang tidak tertanggung

tidaklah tentu siang dan malam
bangun memangku di dalam kelam
terkejut jaga di tengah malam
tidurpun tidak lekat di tilam

rela ibumu menanggung hutang
kain dan baju tidak dipandang
basah diampai kering dipinggang
didukung galas tidak berengggang

kenang ayahmu anak bangsawan
barang katanya jangan dilawan
ibu bapamu hubungan Tuhan
baru sempurna anak budiman

hai segala anaknya adam
kasihnya ibu tiada sempadan
kasihnya ayah rela berkorban
badan dan nyawa jadi taruhan

credits to Roslan Madun yg melagukan nazam ni

Dibalik muka biasa itu.

Menderu laju angin yang dibawa lori kontena,
terbang debu-debu dijalanan,
saban hari senario yang sama ditatapi.

Dibalik muka biasa itu,
mahu mengejar kesenangan,
menberi kemewahan,
selagi tubuh beroleh keringat.

Bergadai nyawa saban hari,
Dijalan yang kering dan basah,
Umpama mengejar wang di jalan raya,
Demi sesuap nasi,
Demi anak dan isteri.

Dibalik muka biasa itu,
Tersimpan harapan,
Ingin lihat dikau berjaya,
Mengejar cita,
Agar dapat kau membela di hari muka.

Lahirlah kau anak budiman,
Membela nasib orang tua mu,
Yang banyak berjasa.

04 May 2010

Orang boleh SAKIT kawan dengan aku!

Assalamualaikum... Salam Semalaysia...
Biarlah blog aku yang berbicara, lebih senang rasanya tuk aku diblog...

Masih segar dalam ingatan aku ni, yg dulu mmg susah tuk aku berkawan dgn org. Kalau ad pun hanya jiran2 sebelah rumah, kalau kat skolah jangan korg haraplah nk tgk aku berkawan. Mana tak nye, dalam kelas aku diam je, membisu seribu kata, toleh kanan dan kiri pun tak! Aku pandang straight forward ke arah cikgu dan papan hitam. Bila orang sebelah tanya soalan pun susah aku nk jawab, kalau boleh sepatah je aku nk jawab. Kalau tanya pasal kerja sekolah, aku bagi tiru je, malas nk berkata-kata.

Tapi, dalam diam ubi berisi, tiap2 hari aku titipkan doa ke hadrat Allah agar aku diberi kekuatan utk berkawan... Agar aku tak rasa kosong lagi jiwa ni, biar aku dapat merasa apa yang dikatakan sebagai persahabatan. Sehinggalah aku tamat persekolahan tingkatan 5, tiada apa pun...

Telah ditakdirkan, aku mendapat tempat utk masuk ke tingkatan 6, doa aku selama ini telah dimakbulkan Allah! Betapa bersyukur nya aku kerana dapat merasa nikmat persahabatan. Tiada apa yang mengajar aku kehidupan selain dari persahabatan.

Tapi ternyata, keadaan aku yang tidak pernah berkawan dri tadika hingga ke tingkatan 5 ada hikmahnya... Mmg Allah jadikan aku sebegini, mmg aku dijadikan tidak berkawan kerana aku memang tak pandai menjaga hati kawan! Aku dah sakitkan hati seorang dari kawan aku dlm beberapa hari belakangan ini... Tapi percayalah, memang aku tak ingin sakiti sesiapapun...

Hanya Allah yang Maha Mengetahui, mungkin memang inilah jalan hidup aku, aku perju bermusafir sendirian di muka bumi ni...

Ya, mungkin aku perlu kembali seperti dulu agar tiada lagi insani yang sakit disebabkan oleh aku...

Salam dari aku yg tidak layak bergelar kawan...

Awan Kumulonimbus

Aku inginkan rumah besar,
bilik yang luas dan kedap bunyi,
cukup ruangan 'privacy'.

Kenapa aku perlukan semua itu?
Aku benci guruh dan petir,
Bunyi yang nyaring dan memekik-mekik,
Aduh, sakit telinga aku!

Tatkala awan kumulonimbus berarak,
Aku bagai dapat merasakan kedinginannya,
Membawa kemarahan dan kebencian,
Menyerang Bumi yang bisu seribu bahasa,
Direjamnya dengan dentingan-dentingan kilat,
Bak tiada lagi belai kasih.

Ah! ingin saja aku menghalaunya,
Tapi apa daya ku,
Hanya ilmu yang sedikit,
Sedang awan itu setinggi bukit.

Biarlah masa yang menentukan,
Awan itu akan berlalu jua bila tiba tikanya,
Meski aku tahu awan kumulonimbus itu pasti kembali!

02 May 2010

Warkah buat teman-teman


Assalamualaikum...

Selesai di tinta Facebook, kini aku membuka pula blog aku. Bukannya ingin berniat mengganggu hidup kalian, cuma aku ingin meluahkan kata hati yg tersimpan. Aku terasa seperti telah melakukan satu kekhilafan kepada teman2 sepanjang 2-3 hari ini...

Maafkanlah aku andai tersalah kata,
Andai aku terucap kata hina,
Jikalau aku berahsia,
Pasti ad sebabnya... Janganlah kau mngambil hati akan ku ini...

Wahai temanku,
Kalau kau x d undang sekalipun,
Jgn kau berpaling diri,
Mungkin itu silapku sbg insani...

Wahai temanku,
Aku berusaha sehabis daya,
Aku cuba, aku kerah tulang 4 keratku,
Untuk pastikan kau gembira,
Kau bahagia, kau tertawa...
Agar kau terlupa maksud berduka...

Wahai temanku,
Jangan kau menangis,
Jangan kau berduka,
Luahkanlah segala rasa,
Aku sedia mendengar,
Kerana aku cuba menjadi teman yg baik buatmu,
Duhai temanku...

Usah kau tolak aku,
Palingkanlah muka mu ke arah aku,
Senyumlah seperti slalu,
Umpama waktu dahulu,
Saat kita bersuka bersama,
Berduka bersama...

Wahai temanku,
Andai aku berjaya,
Aku ingin kau turut berjaya,
Aku tak mahu ada antara kita yg tertinggal,
Aku tak sedap hati andai berlaku sebegitu,
Takkan tenang hatiku mengenangnya...

Izinkanlah aku bersahabat dengan mu,
Wahai temanku...