Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia...
Macam tak disangka-sangka, siri "Menakluk dengan Bas" dah masuk episod yg ke-4!!! YAHOO!!! Syukur kerana masih aku mampu pergi meronda-ronda dengan bas.
Cuti mid-sem baru je bermula. Macam-macam perancangan dah ada kat dalam kepala otak aku nih, nak uat asignment drawing lah, pegi kluar jalan2 ngan kekawan sekolah, tengok wayang, pegi snap gambo tuk asignment, macam-macam lagilah. Pendek kata, dalam cuti seminggu ni, macam-macam aku nak buat, hahaha~~
Okay2, berbalik pada tajuk asal, haha... Hari Isnin cuti Raya Cina aku, aku telah di'assign'kan oleh abah utk bank-in kan cheque dia. Disebabkan ni la first-time aku nk uat benda ni, so abah kena lah bagitahu detail process nye kat aku, ye? Tapi malangnya, abah kata 'Pergilah tanya kat pak guard bank tu, dia tau lah...' Owh hoho~~ Rupanya pak guard di setiap bank ni ada kerja tambahan rupanya... Dengan itu, aku pun mulakan perjalanan aku ke Port Klang... Malang tidak berbau, sedang aku tunggu bas, tiba-tiba hujan turun plak, adeii~~ Arini nak gi snap gambar skali, tp hujan, macamana ni??? Takpe, aku gagahkan jugak, nasib baik hujan dengan sepantas kilat bas pun sampai, haha... Klu tak, mesti aku dah lencun!
Akhirnya aku dah sampai ke Port Klang, ujan masih renyai2... Aku terus gak melangkah ke bank tu selesaikan pasal cheque ni. Sepertimana yang abah cakap pagi tadi, memang betul la pak guard tu tau semuanya, senang keje den, haha... Selesai sudah keje kat bank ni, tibalah masa tuk beli berus dan charcoal. Ada satu kedai yang aku tau kat Port Klang ni, harapnya ada lah... So, dengan confidentnya aku melangkahkan kaki ke kedai tu, lalu aku pun melilau mata mencari-cari barang yang aku nak ni, tiba-tiba! Tuan kedai tu tanya "adik carik apa?" aku pun cakap la yang aku datang ni nak cari berus lukisan yg pointed, ngan charcoal, lantas Tuan kedai tu tunjuk kat aku koleksi berus dia... Amat menyedihkan, langsung takde yang aku nak, apolah nasib...
Takpe-takpe... tu agenda kecil je, yang penting skang aku nak g shot gambar kat P.Klang ni... Gambar apa yang lama dan menarik? Ohooohoooiii!!!! Aku tringat bangunan panggung wayang yang dah lama ditinggalkan, but somehow warna cat bangunan ni still nampak new walhal pintu tingkap sume dah terkopak! Agak angker jugak la ni ye...
ni la panggung lama yang angker...
Ok, aku dah snap pun gambar building tu, skarang mari kita teruskan penjelajahan, haha~~ Nak kna shot lagi bangunan yang ada... So, next step ke Klang!!! Huhu, terpaksa tunggu bas lagi skali ni, malas tul la... dah la lambat bas ni... Kat Klang nnt aku nak snap lagi banyak2 gambor building2 kat situ ok... (ok, tipu je... aku just snap 2-3 gambar je) coz cuaca asik mendung dan gerimis je kat sana... Ada la gambar Masjid di-Raja kat sini...
Ni lah antara gambar-gambar yang aku sempat snap sebelum aku balik rumah balik petang tu... Dan yang paling penting aku balik naik KTM, lagi selesa beb, x sesak dan sejuk plak tu, haha~~ Nikmat2... Sampai je kat stesen Port Klang aku trus je gi kiosk KFC kat situ, maklumlah dah petang dan xmakan lagi, pekena Zinger burger set 1 sebelum balik rumah, haha~~ Memang terbaik!!!
Setakat tu je perjalanan kali ni, cam pendek je kan... Xpe2, lain kali aku akan pastikan perjalanan yang lebih panjang dan mencabar... haha~~
Assalamualaikum...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ko jalan sorangsorang ke? nway, suka panggung wayang yang sungguh angker tu. asal ko tak lukis je gambar tu? O________O taknak bagi aku. XD
bukan xnk lukis yg ni, tp terlupa nk print la, huhu~~
Post a Comment