Subscribe:

11 February 2011

Tiada Valentine's Day dalam Islam.

Assalamualaikum... Selamat petang semua... Al-kisahnya arini sperti biasa bila hari Jumaat aku akan pergi jumpa orang gaji Jepun aku... Berbekalkan baju kotor yang bertimbun beserta duit syiling RM2.50 dan sedikit sabun, aku berjumpa dengannya... Terkezutnya aku bila sampai2 je kat tempat, ramai betul orang yg tgh dapatkan perkhidmatan... HA!!! Jangan fikir bukan2, kuning betul otak korg ni... Yang aku maksudkan tu mesin basuhlah... Lepas dah bayar gaji dia RM2.50 baru lah dia cuci baju aku secara automatik...

      Okay-okay, cukuplah citer orang gaji tu... Biar kita balik ke tujuan asal penulisan arini... Semuanya bermula bila aku tgh jemur kain yang dibasuh tadi (okay, aku masih bercerita psl baju lagi) aku jemur tu dah nk dekat kul 1 tgh hari dah, terserempak dengan Sanusi, tegurlah dia. Dia dah nak ke masjid dah, tp aku cakap tunggu lah dulu, aku tgh jemur baju ni, kita gerak skali... Sampai je di masjid, (owh, aku skip time perjlnan ke sana) masih blum masuk waktu lagi, so ktorg jalanlah dgn relaks lagi... Tup tup, bila diumumkan tajuk khutbah arini pasal Sambutan Hari Valentine!!! Isu ini bukanlah isu baru, tp semenjak aku di peringkat menengah rendah lagi, isu ini telah dikupas, dan jawapannya adalah HARAM disambut oleh umat Islam.



Islam tidak melarang umatnya melakukan sesuatu tanpa sebab. Ini kerana sambutan Valentine's day atau Hari Kekasih ini merupakan sambutan penganut agama Kristian sempena ulangtahun paderi mereka yang bernama Valentine.  Berikut merupakan bingkisan ceritanya...

"The Early Medieval acta of either Saint Valentine were expounded briefly in Legenda Aurea. According to that version, St Valentine was persecuted as a Christian and interrogated by Roman Emperor Claudius II in person. Claudius was impressed by Valentine and had a discussion with him, attempting to get him to convert to Roman paganism in order to save his life. Valentine refused and tried to convert Claudius to Christianity instead. Because of this, he was executed. Before his execution, he is reported to have performed a miracle by healing the blind daughter of his jailer.
Since Legenda Aurea still provided no connections whatsoever with sentimental love, appropriate lore has been embroidered in modern times to portray Valentine as a priest who refused an unattested law attributed to Roman Emperor Claudius II, allegedly ordering that young men remain single. The Emperor supposedly did this to grow his army, believing that married men did not make for good soldiers. The priest Valentine, however, secretly performed marriage ceremonies for young men. When Claudius found out about this, he had Valentine arrested and thrown in jail.
There is an additional modern embellishment to The Golden Legend, provided by American Greetings to History.com, and widely repeated despite having no historical basis whatsoever. On the evening before Valentine was to be executed, he would have written the first "valentine" card himself, addressed to a young girl variously identified as his beloved, as the jailer's daughter whom he had befriended and healed, or both. It was a note that read "From your Valentine."
                                                                                                          - dipetik dari Wikipedia.org

Maka jelaslah bahawa ianya merupakan satu sambutan yang tidak bercirikan Islam langsung. Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta
tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud;
 
Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan
beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (al-Kafirun ayat 1-6)

Begitulah sedikit sebanyak tentang apa yang ingin disampaikan dalam khutbah Jumaat td... Diharap kita semua ambil iktibar dan bertaubat serta kembalilah ke jalan Allah... 

      Selesai je solat Jumaat aku dan Sanusi berjalan pulang ke kolej kami, tp singgah dulu ke kedai makan, nk beli makan tgh hari, menu aku hari ni, NASI BUJANG, basically nasi ni cuma nasi putih, telur dadar, sambal belacan, timun dan sup kosong, RM 2 je... Alhamdulillah kenyang... sedap pun sedap... Masa tgh duduk2 tunggu nasi ku siap dibungkus bertembung ngan Capik Junid, dia ajak g tgk wayang, citer Yogi bear, aku cakap taknak lah, cam x best je cter tu... haha~~ Capik, kalau best, nnt kau temankan aku pegi ye, haha~~

      Cukuplah utk entri hari ni ye... Sesungguhnya yang baik tu semuanya datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah kelemahan diri aku sendiri... Sekian, Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pensil buluh : Masa dalam mod study ni xyah la duk bercinta ye, takut terabai pelajaran nnt...

0 comments:

Post a Comment