Subscribe:

21 January 2010

SEDARLAH...

Memang benar orang kata kasih sayang x bleh dibeli dgn wang ringgit. Wang hanya bleh menutup lubang yang kecil di mata seorg anak, tetapi tidak boleh menembunyikan hakikat sebenar kasih sayang yg di cari dlm kehidupan. Biaarlah org kata kita x brsyukur telah diberi sepasang ibu bapa di dunia ini, tetapi sebagai insan biasa memang fitrah kita untuk meminta betis dan paha. X pernah puas dgn apa yang sedang dikecapi. Hakikat ini mmg benar tatkala dikaitkan dengan hal kasih sayang.

Di era globalisasi iini, kedua pasangan suami dan isteri masing2 mempunyai kerjaya sndiri, sering berada dipejabat daripada dirumah, anak2 ditinggalkan bersama dgn pembantu rumah ataupun ditinggalkan saja bersendirian bertemankan komputer, permainan video, telefon bimbit, dan harta benda yang lain. Inikah yg dikatakan kemajuan? Semakin canggih dunia, semakin kecil kasih sayang. Sebesar dunia kecanggihan teknologi, sekecil kuman kasih sayang insan. Inilah hakikat yang berlaku disaat Bumi semakin melewaati akhir zamannya.

Sebagai implikasinya, anak2 mulai mencari kasih ditempat lain. Alangkah manisnya jikalau mendapat kasih dari kaum kerabat sendiri, tetapi apa yang berlaku anak muda era ini mula mencari kasih dr jln yg salah. SUGAR DADDY, TOYBOY, KEKASIH dan berbagai lagi org yang menjadi tempat berteduh kasih. Hal ini pastinya mengundang perkara yang lebih buruk jika tidak dibendung. Apa yang dikhuatiri, golongan ini akan mengambil kesempatan ke atas anak yang memerlukan kasih dan sayang ini dengan memperdagangkan mereka atau mengambil kesempatan ke atas mereka. Pastinya golongan ibubapa sendiri yang akan sedih. Akan tetapi, SEDIHKAH MEREKA? Jika saban hari hanya bekerja tanpa menghiraukan anak2, hanya sibuk dengan urusan diri sendiri, hanya sibuk dengan urusan dunia, tetapi bukannya sibuk dengan urusan akhirat yakni anak2 yang telah dipertanggungjawabkan oleh ALLAH S.W.T yang pastinya akan ditanya oleh ALLAH S.W.T kelak diakhirat.

Wahai ibu dan bapa, ingatlah... Harta dan kekayaan yang melimpah ruah hanya dapat menutup mata anak2 untuk masa yang singkat sahaja. Kelak bila mereka ini meningkat dewasa, mereka akan tersedar juga dari pukauan ini lantas mereka akan mempersoalkan kasih sayang ibubapa dan memberontak ke atas kamu. Hendakkah para ibu dan bapa menerima hakikat yang kamu bakal dihantar ke rumah orang-orang tua kelak apabila kamu meningkat tua, kerana anak-anak mu juga akan sibuk bekerja di pejabat saban hari sepertimana kamu dahulu. Dapatkah kamu menerima hakikat bahawa kamu tidak akan mendapat secebis kasih dari anak mu di hari muka nnt kerana anakmu sedang sibuk dipejabat. Mahukah kamu bersendirian dirumah sepertimana yang telah kamu lakukan terhadap anak mu semasa dia masih kecil dan memerlukan kasih sayang? Rata-rata para ibu bapa pastinya mengimpikan kehidupan di hari muka yang ditanggungi oleh anak2 mereka, mereka boleh goyang kaki dirumah dan tidak lagi perlu bekerja. Bolehkah semua ini dicapai jika anak tidak diberi kasih sayang. TAK MUNGKIN LAHIRNYA BAYANGAN YANG LURUS ELOK JIKA LAHIRNYA DARI KAYU YANG BENGKOK, BEGITULAH PERIBADI YANG DIBENTUK.

Oleh itu, para ibubapa, ambillah kesempatan yang masih ada untuk memeluk anak mu yang masih kecil, usaplah kepala mereka setiap hari, ciumlah mereka setiap hari, tegurlah mereka setiap hari, suapkanlah mereka dengan nasihat2 mu setiap hari, agar anak2 ini akan mengenang jasamu dihari muka kelak. Biarpun anak itu pandai, biarpun anak itu bodoh, tapi layanlah mereka tanpa perbezaan, layanlah mereka seperti anak2 yang biasa, dengan kasih sayang yang adil. Insya-Allah, jasamu akan dikenang sepanjang hayat mereka di muka Bumi ini.

0 comments:

Post a Comment