Subscribe:

01 August 2011

Puasa Facebook

Salam Ramadhan buat pembaca sekalian. Akhirnya kita telah bertemu kembali dengan Ramadhan yg dirindui. Ehem, ingat lagi tak dengan niat berpuasa? Tak dinafikan ada juga antara kita yg terlupa. Aku sendiri pun semalam duk buka lagu Raihan, haha... PUASA : Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Perkara-perkara yang membatalkan puasa termasuklah makan dan minum dengan sengaja, muntah, mengeluarkan mani dengan sengaja dan lain2. Kita dituntut utk meningkatkan amalan di bulan Ramadhan dan berlumba-lumbalah antara kita untuk mendapatkan pahala. Berpuasa bukan alasan kita untuk membuat kerja dan aktiviti seharian secara sambil lewa walhal sepatutnya kita perlu bekerja dengan lebih usaha kerana kerja juga ibadah.

Disini juga aku nk pesan kpd diri sendiri dan semua rakan pembaca, ambillah kesempatan di bulan Ramadhan ini, untuk mengurangkan masa kita dengan Facebook. Ahha! Bukan puasa dari makan, minum, nafsu serakah je, Facebook pun kita kena puasa. gunakan lah masa yang ada utk beribadah kepada Allah S.W.T. kerana kita bimbang jika terlalu lama kita mengadap Facebook, makin berkuranglah pahala puasa kerana hanya melakukan perkara yg lagha.

Gunalah Ramadhan ini sebagai batu loncatan utk kita beransur mengurangkan penggunaan facebook dan menambahkan amalan-amalan kita. Insya-Allah, sama2 lah kita mengambil ikhtibar. Bukan tak boleh berFacebook langsung, tapi berpada-padalah korg ni pun... tak kan dari lepas sahur smpai dh nk berbuka asyik duk berFB je, haha... Bawak2 lah bertadarus ke, berzikir ke, ada lah jugak baiknya. Maka tak sia-sialah ramadhan ini nnt.

Sekian je utk kali ni, moga kita semua trus mengejar keredhaan Allah S.W.T.

p/s: aku dah puasa facebook selama 6jam pagi ni. korg bila lagi nk mula? Jom start malam ni, tinggalkan facebook pergilah bertarawikh.  =)

tambahan lagi: eh, korg berbuka apa hari ni?

3 comments:

kiki said...

aku dah puasa facebook sebelum bulan puasa lagi. buka sekejap sekejap nak check hal ehwal semasa je. pftt.

mastura said...

Saya membaca tampalan ini :)

sanjithecook said...

ko kene ajar aku!!!

Post a Comment