Salam, salam dan salam. Salam 1 Malaysia.
Hari ni aku ada satu je rumusan yang nak dibuat. Rakan itu bak bunga matahari, tak kesah le warna kulit serta agama, semuanya bunga matahari. Knapa aku pilih bunga matahari? Sje je... hehe, sebenarnya aku sangat tertarik dengan bunga matahari yang cantik berseri-seri ni..... Cuba korang sumer perhatikan, bunga matahari ni besar tapi batang yang menampung tu kecik je, bayangkan lah, dengan batang yang kecil tu bunga matahari ni boleh tumbuh meninggi untuk mendapatkan cahaya matahari demi kehidupannya. Lagi banyak pokok lain kat sisi, lagi bunga matahari ni akan bersaing. Teguhnya bunga ni dalam menggapai sinar hidup dia.
Apa kaitannya dengan kekawan aku? Haaa... kawan2 aku ni pun teguh jugak macam bunga matahari. Diorang sume bersungguh-sungguh nak berjaya, memasing berusaha untuk menggapai cecita yang luhur dan lahir sebagai impian. Sumernye bersaing untuk 'mencuri' ilmu yang di taburkan oleh para guru. Sama macam bunga matahari tadi yang berebutkan cahaya. Dalam pada itu, kami terus teguh menghadapi cabaran berbekalkan iman dan ilmu yang tidak seberapa di dada ini ; mungkin baru seinci tebalnya ilmu kami.
Harapnya tercapai le impian utk meneruskan pelajran di menara gading sepertimana bunga matahari yang meninggi utk mendptkan cahaya... Kawan2 aku sememangnya bunga matahari...
20 August 2009
09 August 2009
Warkah Buat yang Tersayang
Tatkala aku tiba di halaman,
Ku hanya melihat rantai yang berkunci di pagar,
Daun yang mulai kekuningan,
Membuktikan ketiadaan kau...
Yang tersayang.
Ku melihat memori dulu,
Sejak aku belum bertatih lagi,
Kau menjaga aku dari setiap sudut pandangan,
Diriku, kesihatanku, makanku, agamaku,
Kau jaga, kau pelihara,
Aku, cucu yang masih tak tahu apa-apa...
Aku tak menyalahkan kau,
Masa kau memarahi hingga menangis,
Aku tahu itu memang dirimu,
Caramu mendidik aku,
Malah marahmu itu menambahkan sayang aku pada kau.
Semakin roda filem berputar kini,
Kau masih menyayangi aku,
Dan aku masih menyayangi kau,
Aku akan rindu pada kau,
Walau sesaat kau tinggalkan aku.
Orang tersayang,
Kau pujuk aku bila ku menangis,
Kau marah bila aku yang salah,
Dan kini kau masih menyuap nasi ke mulutku,
Walau ku telah besar panjang.
Kerana kau orang tersayang...
Nukilan ini khas untuk nenek aku, dia memang seorang yang penyayang...
Terima kasih nenek...
Jaga kitorang sume (para cucu) elok-elok ye...
Ku hanya melihat rantai yang berkunci di pagar,
Daun yang mulai kekuningan,
Membuktikan ketiadaan kau...
Yang tersayang.
Ku melihat memori dulu,
Sejak aku belum bertatih lagi,
Kau menjaga aku dari setiap sudut pandangan,
Diriku, kesihatanku, makanku, agamaku,
Kau jaga, kau pelihara,
Aku, cucu yang masih tak tahu apa-apa...
Aku tak menyalahkan kau,
Masa kau memarahi hingga menangis,
Aku tahu itu memang dirimu,
Caramu mendidik aku,
Malah marahmu itu menambahkan sayang aku pada kau.
Semakin roda filem berputar kini,
Kau masih menyayangi aku,
Dan aku masih menyayangi kau,
Aku akan rindu pada kau,
Walau sesaat kau tinggalkan aku.
Orang tersayang,
Kau pujuk aku bila ku menangis,
Kau marah bila aku yang salah,
Dan kini kau masih menyuap nasi ke mulutku,
Walau ku telah besar panjang.
Kerana kau orang tersayang...
Nukilan ini khas untuk nenek aku, dia memang seorang yang penyayang...
Terima kasih nenek...
Jaga kitorang sume (para cucu) elok-elok ye...
Subscribe to:
Posts (Atom)