Subscribe:

26 April 2009

Abah...

Ya Allah... apakah salah hamba-Mu ini sehingga kau uji sebegini hebat...

Assalamualaikum...

Sabtu, 25 April 2009

Aku menghadapi cabaran pertama, iaitu MUET (Malaysia University English Test).
Alhamdulillah soalannya boleh dijawab.

Sebelum peperiksaan...
Setibanya aku disekolah (di hantar oleh walid dan umi) aku melihat rakan-rakanku sudah bersedia untuk menghadapi MUET. Seronoknya melihatkan keadaan begini. Tapi, ada 2 orang rakanku yang aku risaukan, Saleh dan Isma. Aku telah mencuba untuk membantu mereka sebelum ini, jadi pada hari ini, aku hanya berserah kepada Allah agar keputusan mereka tidak mengecewakan.

Selepas MUET...
Mama ku menghantar SMS bertanya samada aku telah habis exam atau belum. Tanpa membuang masa aku terus menelefonnya. Aku memberitahunya yang aku hampir tiada masalah untuk menjawab soalan MUET tadi. Dia gembira mendengarnya... Tiba-tiba nada suara ibuku berubah, dia memberitahuku yang lori kepunyaan abah telah dicuri orang pada Khamis yang lalu!

Aku merintih didalam hati... Hanya itulah mata pencarian abah selama ini... Dengan duit hasil memandu lori itulah abah memberi aku dan adik-beradikku makan selama ini... Aku merayu pada-Mu Ya Allah agar ditemukan kembali lori abah... Bagaimanalah hidup kami sekeluarga selepas ini Ya Allah... Mengapa besar dan berat ujian yang kau berikan pada kami...

Aku buntu... aku menangis di balik senyuman dihadapan cikgu dan rakanku...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...

Kurniakanlah belas kasihh-Mu kepada keluargaku, ampunilah dosa kami sekeluarga, temukanlah kembali lori abah Ya Allah... Hanya lori itu yang digunakan untuk memberi kami nafkah...

Amin, Amin, Ya Rabbal 'alamiin...

1 comments:

cikgu hanafi said...

Salam keamanan

Perjalanan ini masih jauh, mesti cekal untuk menempuh semua dugaan yang Allah sediakan untuk insan-NYa. Sabar, sabar dan yakin dengan kemampuan diri sendiri. Sentiasa ingat pesan ayah dan ibu, jangan engkar dengan arahan mereka. Doakan kesejahteraan mereka selalu.

Insani

Post a Comment