Subscribe:

30 April 2009

Seronok dan Penat



Assalamualaikum...




Setiap pertemuan pasti ada perpisahan... Walau hanya 4 bulan belajar dengan Pn. Che Rohana, tapi rasanya macam dah lama je. Semalam kitorang buat majlis perpisahan untuk cikgu Rohana merangkap birthday Nafisah dengan Shobana sekali. banyak sungguh ilmu yang telah dikongsi oleh cikgu dengan kami dalam kelas 6A3. Tapi nk buat macamana, dah cikgu naik pangkat, redha jelah... Semoga cikgu sukses selalu!!!




Hari ni lain plak citernye, aku pegi contest buat arca kat SMK Sri Andalas, fuhhh!!! dahsyat gellerr dorang punye arca, aku, saleh, ngan cayyoi bertungkus lumus menyiapkan arca kitorang walaupun baru malam tadi pikir ideanya... Tapi, masa tengah buat arca tu bleh plak ujan turun, dah la buat kat tengah tapak perhimpunan dia, berlari smua peserta cari tempat berteduh, huh... Akhirnya, lepas 3 jam bertungkus-lumus, siap gak arca kitorang...


(rahsia) cikgu wazir yang jadi hakim, tapi tak menang gak,hahahahaha... takpe nie pengalaman je, "cayyoi, tahun depan kau mesti menang tau, aku ngan saleh dah abis skolah tahun depan, mesti menang tau!"




Lepas balik pertandingan, aku ngan saleh take turn jaga Galeri Ilham, bertambah la pnat nye, kena jaga budak2 form 1 ngan form 2 yang masuk melawat, macam2 perangai, haha...




K, sampai sini je tuk ari ni, nk g makan malam ni. Sebelum mengundur diri, cuba korang pikir, hidup ni bermakna ke kalau kita tak tolong orang yang ada masalah tapi kalau ditolong, kita plak yang pening paler? Ha! Lu pikir la sendiri..... Assalamualaikum.....

26 April 2009

Abah...

Ya Allah... apakah salah hamba-Mu ini sehingga kau uji sebegini hebat...

Assalamualaikum...

Sabtu, 25 April 2009

Aku menghadapi cabaran pertama, iaitu MUET (Malaysia University English Test).
Alhamdulillah soalannya boleh dijawab.

Sebelum peperiksaan...
Setibanya aku disekolah (di hantar oleh walid dan umi) aku melihat rakan-rakanku sudah bersedia untuk menghadapi MUET. Seronoknya melihatkan keadaan begini. Tapi, ada 2 orang rakanku yang aku risaukan, Saleh dan Isma. Aku telah mencuba untuk membantu mereka sebelum ini, jadi pada hari ini, aku hanya berserah kepada Allah agar keputusan mereka tidak mengecewakan.

Selepas MUET...
Mama ku menghantar SMS bertanya samada aku telah habis exam atau belum. Tanpa membuang masa aku terus menelefonnya. Aku memberitahunya yang aku hampir tiada masalah untuk menjawab soalan MUET tadi. Dia gembira mendengarnya... Tiba-tiba nada suara ibuku berubah, dia memberitahuku yang lori kepunyaan abah telah dicuri orang pada Khamis yang lalu!

Aku merintih didalam hati... Hanya itulah mata pencarian abah selama ini... Dengan duit hasil memandu lori itulah abah memberi aku dan adik-beradikku makan selama ini... Aku merayu pada-Mu Ya Allah agar ditemukan kembali lori abah... Bagaimanalah hidup kami sekeluarga selepas ini Ya Allah... Mengapa besar dan berat ujian yang kau berikan pada kami...

Aku buntu... aku menangis di balik senyuman dihadapan cikgu dan rakanku...

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...

Kurniakanlah belas kasihh-Mu kepada keluargaku, ampunilah dosa kami sekeluarga, temukanlah kembali lori abah Ya Allah... Hanya lori itu yang digunakan untuk memberi kami nafkah...

Amin, Amin, Ya Rabbal 'alamiin...

Saat baru bermula...


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya saya diberi peluang untuk menggunakan ilmu IT yang dipinjamkan.

Ayat kat atas ni stereotaip sangat, haha... Tapi itulah diantara caranya kita mengucap syukur. Walau dah lama mengenali IT tapi baru hari ni tergerak untuk menggunakan blog setelah ramai guru2 saya mempunyai blog sendiri. Bukannya nak ajak bertanding, tapi niat hanya untuk merapatkan silaturahim.

Sememangnya masa itu emas, dan masa tidak pernah menunggu kita, akan tetapi setiap perkara yang hendak dibuat tidak pernah dianggap terlambat. Kita mampu untuk mengejar masa walau dia telah jauh meninggalkan kita. Masa memang berharga, lebih berharga daripada emas dan segala yang ada di dunia ini. Hanya dengan sekelip mata, walau sesaat kita terlambat, kita pasti ditinggalkan. Tetapi ingat sahabatku,

SAAT BARU BERMULA...