Subscribe:

20 August 2009

Bunga Matahari

Salam, salam dan salam. Salam 1 Malaysia.

Hari ni aku ada satu je rumusan yang nak dibuat. Rakan itu bak bunga matahari, tak kesah le warna kulit serta agama, semuanya bunga matahari. Knapa aku pilih bunga matahari? Sje je... hehe, sebenarnya aku sangat tertarik dengan bunga matahari yang cantik berseri-seri ni..... Cuba korang sumer perhatikan, bunga matahari ni besar tapi batang yang menampung tu kecik je, bayangkan lah, dengan batang yang kecil tu bunga matahari ni boleh tumbuh meninggi untuk mendapatkan cahaya matahari demi kehidupannya. Lagi banyak pokok lain kat sisi, lagi bunga matahari ni akan bersaing. Teguhnya bunga ni dalam menggapai sinar hidup dia.



Apa kaitannya dengan kekawan aku? Haaa... kawan2 aku ni pun teguh jugak macam bunga matahari. Diorang sume bersungguh-sungguh nak berjaya, memasing berusaha untuk menggapai cecita yang luhur dan lahir sebagai impian. Sumernye bersaing untuk 'mencuri' ilmu yang di taburkan oleh para guru. Sama macam bunga matahari tadi yang berebutkan cahaya. Dalam pada itu, kami terus teguh menghadapi cabaran berbekalkan iman dan ilmu yang tidak seberapa di dada ini ; mungkin baru seinci tebalnya ilmu kami.

Harapnya tercapai le impian utk meneruskan pelajran di menara gading sepertimana bunga matahari yang meninggi utk mendptkan cahaya... Kawan2 aku sememangnya bunga matahari...

09 August 2009

Warkah Buat yang Tersayang

Tatkala aku tiba di halaman,
Ku hanya melihat rantai yang berkunci di pagar,
Daun yang mulai kekuningan,
Membuktikan ketiadaan kau...
Yang tersayang.

Ku melihat memori dulu,
Sejak aku belum bertatih lagi,
Kau menjaga aku dari setiap sudut pandangan,
Diriku, kesihatanku, makanku, agamaku,
Kau jaga, kau pelihara,
Aku, cucu yang masih tak tahu apa-apa...

Aku tak menyalahkan kau,
Masa kau memarahi hingga menangis,
Aku tahu itu memang dirimu,
Caramu mendidik aku,
Malah marahmu itu menambahkan sayang aku pada kau.

Semakin roda filem berputar kini,
Kau masih menyayangi aku,
Dan aku masih menyayangi kau,
Aku akan rindu pada kau,
Walau sesaat kau tinggalkan aku.

Orang tersayang,
Kau pujuk aku bila ku menangis,
Kau marah bila aku yang salah,
Dan kini kau masih menyuap nasi ke mulutku,
Walau ku telah besar panjang.

Kerana kau orang tersayang...


Nukilan ini khas untuk nenek aku, dia memang seorang yang penyayang...
Terima kasih nenek...
Jaga kitorang sume (para cucu) elok-elok ye...

19 July 2009

BANYU MANIS (in Mem0ri3s)

Salam persahabatan... penat? gembira? seronok? pening kepala? lapar? ngantuk? SMUANYA ADA... Knapa? Coz aku baru balik dr Perkhemahan Motivasi Jati Diri, di Kem Banyu Manis, Bkt. Kerayong, Kapar.

Mesti ada yang pelik dengar nama tapak kem ni, namanya mmg banyu manis. Dalam bhs Jawa BANYU = MANIS. Jadi kem ni bermaksud Air Manis. Kenangan di kem ni memang byk, pelajaran dan ilmu yang ditimba menambahkan keyakinan diri, mengajar ikhtiar idup serta pengurusan diri. Pada mulanya ingatkan kem ni kurang best coz aku difahamkan ada beberapa pelajar yang rekodnya kurang baik di skolah turut mnyertai kem ini. Tapi, sangkaan aku meleset sama skali, macam sukar nk diterima dek akal aku ni. Rupanya dorang tu lah yang jd penyeri kat dalam kem tu. Memang la kadang2 dorang terlebih sudah tp dorg tu byk tolong aku kat kem ni, sumbangkan idea, tlg angkat barang, sampai makan pun dorang igt kat aku, terharu btul... Harap korg akan trus kekalkan sikap yg baik ni dan perbaiki diri korg lagi, jadilah insan yang berjaya dan berguna dalam hidup.

Malam first ktorang uat night walk, bila je fesi jerit TAKE COVER ktorg kna tunduk, pastu tggu arahan utk bgun balik...
Hari kdua kat ctu byk aktiviti yg aku uat ngan kekawan, pagi lagi dah bsenam dibantu oleh fesi2 kat situ. Pas senam trus je daki bukit kat blakang tapak kem tu. Pemandangan memang cantik dari atas sana, rasa macam nk panjat lagi je bukit tu. Kat situ ktorang di beri satu task, masak maggi ala tentera, ktorg hanya dibekalkan dgn mineral water, maggi, solid fuel, n mass tin. Jadi dgn kepakaran memasing, ktorang pun masak ler maggi tu dan kemudian dipersembahkan kpd raja bkt kerayong a.k.a abg fesi.

Sbelah ptgnya plak ada water confident, commando obstacles n flying fox. Bg aktvt FF, aku jd peserta prtama yang terbang bagai musang, bestnyer walaupun jarak nye pendek. Sambil tu sempat lg berseloroh dgan j/latih, Knapa jarak FF nye pendek jer, dia kata klau nk panjang + lg seringgit, haha... Tapi sbenarnya mmg pendek je, coz track yg panjang blum siap agi... Bg water confident, stakat ni mmg confident la sbb mggu lepas baru je uat aktvt tu kat kem KRK, lg mencabar kat ctu. Tapi apa2 pun best gak kat Banyu Manis ni coz air tasik dia lagi jernih... commando obstacles paling seronok kerana disamping halangan yg biasa di buat, ditambah pula aktvt menyumpit. Aku seronok btul krn sasaran kdua aku dapat 20 poin yg membantu team aku menang kat situ, hehe...

Bg malam kebudayaan, mmg ROCK!!! U ALL rEALLY SPORTING ENOUGH... smua persembahan menarik, trutama team kelip-kelip, mmg mghiburkan. Nita plak akhirnya kluar dr kepompong apabila dpaksa oleh cgu wazir utk mnyanyi... BTW nk minta maaf kat ahli team Cengkerik andai ada salah silap yg ambo lakukan dan tak dapat jd leader yg baik. MAAF YE...

TEAM CENGKERIK IN MEMORIES : Qila, zila, nazatul, ainil, pavi, najib (PM), asif, lay teng... thank u so much! luv ya all so much!