Subscribe:

07 December 2010

Menakluk Dengan Bas!!! Siri 3

Assalamualaikum dan Salam sahabat...

Dah lama aku tak menaip kat blog ni... Firstly, memang aku agak sibuk belakangan ni, and secondly, memang takde cerita yang best bleh aku tulis kat sini, huhu~~

Tapi takpe, pada tanggal 6hb 12 2010, hari ku telah dimulakan dengan baik sekali... Ya, sarapan nasi goreng yang mama buat sebelum beliau pergi kerja. Terbaik!!!!! Disini mulanya perjalanan...

Sebelum aku turun bersarapan abah dah bertanya, samada aku ada aktiviti ke tak hari ni? Actually ada, tp sebelah petang la. Nak gi umah cikgu Wazir... Sebelah pagi memang aku free. Rupanya abah suruh pergi bayar bil elektrik, haha~~ Takpelah, asalkan aku keluar berjalan la jugak... Jam 8 pagi, bersarapan sambil tengok TV, channel yg paling aku suka, Discovery Channel... How Do They Do It : Space version. Dari awal sampai abis citer pasal angkasawan je. Dari makan, buat kerja, sampai lah ke cara angkasawan nak lepaskan HAJAT! adei~~  Detail btul dokumentari diorang ni...

Jam dah pukul 10pg... Alamak, mesti dah terlepas bas ni. So, aku pun berjalan lah dengan selamba nya ke arah stesen bas tu, tiba-tiba ada plak bas yang menuju ke itu... Apa lagi, trus la aku kejar bas tu, kalau tak terpakasalah aku tunggu lg 30minit, hu~~ Naik je bas tu, aku hulurkan tambang Rm1.30, lepas tu pakcik drebar tu tanya, "Nak pergi mana dik? Port Klang Rm1.50 lah..." Oh yeke pakcik? Al-maklumlah, dah lama tak naik bas kat umah ni, haha~~ Tambah je la 20 sen lagi...

Sampai jua ke bandar Port Klang ni, dah lama aku x lawat ke sana... Tapi sejujurnya tak banyak pun perubahannnya... haha~~ Tanpa buang masa lagi, aku trus menuju ke Bank Rakyat (saya mesti pilih! haha~~) Tanpa segan dan silu aku trus bertanya kat brother BR tu, "bang, kat sini boleh bayar bil ke tak?" Nasib baik abang tu kata boleh, kalau tak sia2 je aku ke situ... Nombor giliran aku 1036, nombor skarang ni 1026, 10 je lagi... Tetiba ada sorang pakcik India masuk, pakcik tu dah tua dah, tempat duduk depan aku tu dah penuh, tapi xde sorang pun yang sudi nak bagi tempat duduk kat pakcik tu... takpelah, aku tak kesah pun, lalu aku beri seat aku kat pakcik tu... Tapi yang best nya, lpas tu borak la ngan pakcik tu, dia pun citer la yang dah 4 kali rumah dia kena lelong, katanya bank lain tipou dia... nasib ada rumah lain dia kata... Sabar je la ye pakcik... Nasib badan...

Bil dah bayar, niat di hati memang nak balik umah trus, tapi apa kan daya... Kaki ni melangkah jua mencari bas untuk ke Klang... Apa lagi, ke Centrepoint le.... Tempat biasa untuk aku cari cd game dan PC peripherals aku... tu jela yang paling dekat, nak g S.Alam malas le pulak... Sampai je sana, aku trus pegi cari mouse coz dalam beberapa bulan ni je, satu mouse aku rosak, satu lagi hilang tanpa jejak, so terpaksalah cari yang lain, Rm10 punya mouse pun jadi le... Secondly, pastinya untuk melengkapkan koleksi game Sims 3 aku, Late Night expansion... Nasib dapat hari ni, coz hari tu aku pegi dah abis dah stoknya... Kira berbaloi jugak lah perjalanan aku ke Klang arini...

Time balik pulak lain pula cerita nyer, jam dah pukul 12 tgh hari dah... Macam biasa, aku naik la bas Seranas, coz bas lain susah nak dapat time tghhari camni... 20 minit aku dah duk termenung kat dalam bas tu, barulah dia jalan... adeii~~ Dah la tu, kat depan Convent plak ada sorg pakcik ni naik, tak habis2 dia tanya orang kat sebelah dia soalan2 yang agak memblurkan orang, nasib dia kat belakang aku, kalau sebelah aku mmg aku trus turun dr bas tu, haha~~ Boleh plak dia tanya member sblah tu bas ni pegi Port Klang ke? dah naik baru brtanya... Tp lpas tu bleh plak dia sebut nombor kod perjalanan bas2 kat sini... Bas 126 ke Port Klang, 127 ke Banting... Potpet2 dr dia naik smpai le turun bas, nasib dia turun kat area padang Pandamaran tu... Perggghhhh~~ Pelik btul aku... Agaknya dia tgh bosan kot arini, biarle...

Apalah hari ni, dok jumpa org yg bercakap je,haha~~ Petang tu aku diambil oleh cikgu, disebabkan masa masih panjang, so ktorang decide tuk pergi tgk citer Ngangkung... Overall citer ni memang best, padat ngan lawak and nasihat nya... tak kurang juga beberapa sindiran yang ditujukan kepada masyarakat kita... cuma ending mungkin kurang excite skit, coz aku rasa cter tu bleh dikembangkan lg... haha~~ this is juz my opinion... Apa2 pun, korg pegi la tgk and rate sndiri ye...

Sampai sini je la entry untuk kali ni... Kita jumpa lagi dilain kali... Esok nak ke Janda Baik, nak mandi sungai plak, haha~~ best2!!!

jUMPA LAGI SEMUA, Assalamualaikum...

06 November 2010

Al-Quran Bongkar Rahsia Masjid Ground Zero

dipetik dari :  http://ibnuyaacob.com

artiler asal :  http://ibnuyaacob.com/?p=1565


Sesungguhnya tiadalah yang paling benar melainkan lisan Rasulullah SAW yang menuturkan wahyu Allah yang pada akhirnya terhimpun dalam kalam yang sangat indah lagi besar rahmat-Nya.

Kami amat meyakini bahawasanya Masjid Ground Zero merupakan masjid yang dibina atas dasar penuh konspirasi di belakangnya. Ia bukanlah salah umat-umat Islam di sana dan seluruh dunia tetapi salah segelintir umat Islam yang sanggup bersekongkol dengan Yahudi laknatullah dan menurut segala arahan yang diberikan.

(Ground Zero – nama yang diberikan kepada tapak runtuhan World Trade Center pada 11/9/2001)

Keyakinan ini berdasarkan berita dari Al-Quran yang dengan jelas menyebut tentang pembinaan masjid dhirar di zaman Rasulullah. Dan firman berkenaan masjid dhirar (di Quba) tidaklah terhenti maksudnya di zaman itu sahaja. Sudah tentu ia difirmankan untuk mentakrifkan kejadian-kejadian yang bakal berlaku di akhir zaman yakni zaman sekarang ini.

Dua bukti pada Surah At-Taubah

Kami ingin nyatakan di sini bahawa pembinaan masjid kontroversi ini (Masjid Ground Zero) telah pun diisyaratkan dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu. Isyarat akan kewujudan masjid ini dinyatakan dalam surah At-Taubah, ayat 107 dan 109 secara tepat dan tiada perumpamaan.

Pertama : Surah At-Taubah, ayat 107;

taubah_107

Maksudnya;

“Dan (di antara orang-orang munafiq juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri), serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata”. Padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.”

Keseragaman Peristiwa dengan Ayat 107

1. “….membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam)”

Di Kabul, Afghanistan dua orang Islam telah mati dan empat lagi cedera dalam satu demonstrasi menentang kempen membakar Al-Quran. Dua lelaki tersebut mati ditembak askar Jerman yang berkawal di Kabul.

Semenjak Cordoba Initiative mencadangkan untuk membina masjid berhampiran Ground Zero, umat Islam sentiasa dipandang hina malah simbol keganasan mula kembali diapi-apikan di internet, media Israel, masyarakat non-muslim untuk menggambarkan imej umat Islam khususnya di Amerika.

Dr. Zuhdi Jasser dari American Islamic Forum for Democracy of Phoenix Arizona tidak bersetuju dengan cadangan Cordoba Initiative menurutnya, Ground Zero sangat tidak sesuai kerana Ground Zero adalah lokasi di mana Amerika menggunakannya untuk membina alasan agar umat Islam Iraq diserang dan Ground Zero.

Kenyataan Dr. Zuhdi sangat tepat kerana Ground Zero juga adalah tempat pertama yang menyebabkan Islam dilabel sebagai pengganas. Ia juga punca kepada umat Islam Amerika berada dalam bahaya dan ancaman semenjak September 2001.

Selain Dr. Zuhdi, terdapat pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bersetuju dengan Cordoba Initiative antaranya ialah Ahmadiyya Muslim Community (London), Center for Islamic Plurasim (Amerika), Pengarah Televisyen Al-Arabiya dan lain-lain lagi.

Kesemuanya bersetuju bahawa mereka sangsi mengapa Cordoba Initiative memilih lokasi terbabit yang sudah pasti bakal mencetuskan kemarahan masyarakat bukan Islam Amerika.

2. “….dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri)”.

Multi-billionaire terkenal Amerika, Donald Trump secara peribadi menawarkan kawasan lain di sekitar New York untuk pembinaan masjid baru manakala semua kos akan ditanggung oleh beliau. Malangnya, Cordoba Initiative enggan menerima tawaran tersebut, mereka menguatkan keingkaran mereka dengan hujah kononnya masjid sangat diperlukan di Ground Zero.

Pada 9 Sept 2010, jurucakap Cordoba Initiative memberitahu mereka tetap dengan pendirian mereka membina masjid di situ kerana mendapat sokongan White House. Keengganan mereka memindah masjid menjadi tanda tanya sebahagian pemerhati konspirasi kerana ia boleh mewujudkan rasa benci jangka panjang masyarakat bukan Islam seluruh dunia. Walaupun tujuan itu dilihat murni kerana membina tempat ibadat umat Islam New York tetapi sokongan padu White House yang diluar jangka sentiasa menjadi persoalan.

3. “…juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu.”

Ayat di atas jelas membuktikan bahawa Masjid Ground Zero boleh dijadikan tempat intipan oleh kelompok Yahudi Zionis mengenalpasti mana-mana individu muslim yang sangat produktif dalam menegakkan syariah islamiyah. Sekiranya masjid tersebut siap dan setelah ramai umat Islam bersolat dan beraktiviti di sana maka adalah mudah golongan Illuminati mengintip mana-mana umat Islam yang sangat tegas pendirian syariah Islamiyahnya.

Ayat tersebut dengan jelas memberitahu tujuan sebenar masjid itu adalah untuk tujuan mengintip. Ayat tersebut memang benar kerana dana membina bangunan 13 tingkat Cordoba House yang di dalamnya akan mempunyai masjid datang dari sumbangan organisasi-organisasi Yahudi elit seperti Rockefeller.

Adakah kelompok Yahudi elit ini sengaja menghabiskan duit beratus-ratus juta dollar untuk berbakti kepada umat Islam? Adakah mereka benar-benar untuk membantu?

4. “…dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara).

Maksud ‘ketara’ dalam ayat di atas ialah ‘terbongkar’ atau sudah kelihatan. Dengan pertolongan Allah Subhanawataala, sesungguhnya tidak semua perancangan rahsia Yahudi sentiasa berjaya diselindung. Kini maklumat tentang penyumbang-penyumbang rahsia yang berada di belakang Cordoba Initiative sudah lebih sebulan terbongkar.

Kini, perkara yang terbongkar bukan sahaja setakat penyumbang-penyumbang ‘misteri’ seperti Rockefeller, malah pembinaa Masjid Ground Zero dipercayai didalangi oleh agen-agen CIA antaranya ialah R. Leslie Deak. Leslie terlibat dengan pengurusan Cordoba Initiative sejak 2004 lagi dan pernah menyumbang dana peribadi sebanyak USD98,000 kepada organisasi itu.

Leslie merupakan ahli lembaga penasihat rasmi bagi Cordoba Initiative di New York dan cawangannya di Kuala Lumpur, Malaysia. Syarikat utama Leslie iaitu Patriot Defense Group adalah kumpulan yang bertanggungjawab mengurus kos-kos semua operasi agen CIA di Timur Tengah. Leslie pernah berkahwin dengan wanita Yahudi, dan kini berkahwin pula dengan wanita Islam, Moshira Soliman.

leslie_rockefeller

(Kiri) Leslie Deak bersama isterinya, Moshira Soliman (Kanan) David Rockefeller, raja konspirasi Yahudi elit antarabangsa. Berumur 95 tahun dan masih kuat bergerak merata ke seluruh dunia.

5. “….mereka bersumpah dengan berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata.”

Tetapi pada akhir ayat tersebut disertakan satu ‘ungkapan’ kata-kata golongan munafik iaitu mereka mendirikan untuk tujuan kebaikan semata-mata. Apakah ungkapan ini sengaja untuk mengindahkan ayat 107, tentunya tidak, ia adalah amaran nyata dari Allah.

Buktinya, di dalam semua temu ramah yang disertai Imam Feisal Abdul Rauf, beliau sering mengulang-ulang kenyataan pembinaa masjid dan Cordoba House adalah untuk ‘keamanan’ dan mengeratkan ‘perpaduan’ antara Islam dengan Kristian dan Yahudi.

Jelaslah bahawa keseluruhan intipati ayat 107 sangat tepat bunyinya dengan situasi sekarang ia seolah-olah mengisyaratkan berita masa depan untuk renungan umat Islam.

Surah At-Taubah, ayat 109;

taubah_109

Maksudnya;

“Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikan di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”

Di bawah ini kami cerakinkan intipati ayat 109 dan membuat kesesuaian fakta dengan situasi-situasi yang berlaku sekarang ini. Lihatlah kebenaran ayat 109.

Keseragaman Peristiwa Dengan Ayat 109

1. “….ataukah orang yang membangunkan masjid ….”

Ayat di atas menunjukkan amaran Allah tentang perilaku seseorang yang melakusan sesuatu urusan kerja pembinaan masjid. ‘Orang’ yang dimaksudkan boleh jadi merujuk kepada pemimpin Cordoba Initiative, ASMA , pemaju dan individu lain yang terlibat.

Selain itu, syarikat yang bertanggungjawab untuk membina Cordoba House dan Masjid Ground Zero juga boleh dinisbahkan pada maksud ‘orang’ yang diterjemahkan itu. Ini kerana, pengarah Soho Properties, Sharif El-Gamal mempunyai identiti Islam yang meragukan walaupun baru memeluk Islam pada 2001.

Ia kerana walaupun Sharif El-Gamal (gambar) seorang Islam namun beliau juga adalah ahli pertubuhan Yahudi di Manhattan (Jewish Community Center of Manhattan) malah anak perempuannya juga didaftarkan sebagai ahli kelab renang di pusat tersebut. Sharif juga pernah disabitkan pelbagai kesalahan jenayah sejak 1990.

sharif_g

(atas) Sharif El-Gamal ditemu bual wartawan.

2. “….masjid yang didirikan di tepi jurang (hampir) runtuh, ….”

Intipati ayat ini sangat jelas kerana ia merujuk terus kepada bangunan masjid yang bakal dibina di tepi tapak runtuhan World Trade Center (WTC). Cordoba House dan Masjid Ground Zero s dalam kertas kerjanya menyebut akan dibina 600 kaki atau 2 blok daripada Ground Zero dengan setinggi 13 tingkat.

mgz_site

Gambar di atas menunjukkan blok bangunan (bulatan merah) yang bakal diubahsuai dan dijadikan Masjid Groud Zero. Imej runtuhan tersebut adalah Gorund Zero.

Mengapa di dalam ayat di atas disebut jurang? Sedangkan tiada ‘jurang’ yang kelihatan pada tapak Ground Zero melainkan saki baki runtuhan WTC.

Pada pandangan kami (ini bukan sejenis tafsiran ayat Al-Quran), jurang tersebut jelas merujuk kepada fizikal World Trade Center jika dilihat dari posisi atas atau ‘cloud view’. Kedudukan dua blok WTC yang tinggi menampakkan ia seakan-akan jurang yang mendalam. Lihat gambar bawah.

jurang

Allah Mencela Orang Yang Merendah-rendahkan Hikmah Ayat Al-Quran

Dalam surah At-Taubah, ayat 124;

taubah_124

Maksudnya;

“Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): “siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?” Dan adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya).”

Allah Maha Bijaksana dalam urusan wahyuNya, lihatlah sahaja pada surah At-Taubah, ayat 124

Ayat di atas sudah cukup untuk membalas ejekan sesetengah golongan Islam yang selalu memandang rendah akan hikmah ayat-ayat Al-Quran. Ia juga menjadi peluru hidup kepada sesetengah golongan Islam sendiri yang selalu menganggap setiap kejadian di dunia hanyalah ‘kebetulan’ sahaja dengan apa yang difirmankan dalam Al-Quran.

Rahsia Lain Surah At-Taubah

Di sini kami akan tunjukkan betapa hebatnya firman-firman Allah dalam Al-Quran dan mukjizat terselindung di sebalik ayat-ayat tersebut.

Pertama : Lokasi Masjid Ground Zero

Beza antara ayat 107 dan 109 (At-Taubah) adalah 2 iaitu (109 -107 = 2), maka dapat dilihat bahawa lokasi bangunan yang digunakan untuk membina Masjid Ground Zero ialah 2 blok daripada tapak runtuhan WTC.

Kedua : Tarikh kejadian 11.09.2001 atau 911

Ayat 107 dan 109 ini terkandung dalam surah At-Taubah. Seperti yang kita sedia maklum bahawa surah At-Taubah berada pada surah ke-9 dan juz ke-11.

Hikmah di sebalik Isu Pembakaran Al-Quran

Sesuatu yang ditakdirkan Allah sudah pasti membawa hikmah, ia bukan persoalan nasib tetapi pengajaran serta amaran yang cuba dilemparkan Allah ke atas hati-hati umat Islam.

Disebalik isu ini dan pembongkaran Al-Quran tentang Masjid Ground Zero, ia sedikit sebanyak boleh menyedarkan umat Islam bahawasanya umat Islam perlu lebih berhati-hati dalam setiap isu sensitif yang cuba dibangkitkan oleh puak kuffar.

Umat Islam juga harus lebih sedar bahawasanya perancangan sulit Yahudi bukan setakat menceroboh negara-negara Islam melalui peperangan-peperangan yang dicetuskan tetapi perancangan itu boleh berupa sebuah pertubuhan Islam, gerakan Islam, persidangan hatta mungkin orang Islam sendiri sebagai tali barut zionis.

Na’uzubillahiminzaalik …

P/S: Perhatian, pembongkaran di atas bukanlah sejenis tafsiran ayat Al-Quran, ianya sekadar membuat perbandingan fakta antara peristiwa semasa dengan perkhabaran dalam Al-Quran. Bagi melihat tafsiran yang tepat, pembaca disarankan merujuk kitab-kitab tafsir karangan ulama’-ulama’ muktabar seperti Tafsir Al-Azhar, Tafsir Ibnu Kathir dan sebagainya.

18 October 2010

I prostrate to You, Ya Allah...

Assalamualaikum w.b.t... dan Salam sejahtera...


Moga kita semua berada dalam rahmat-Nya sentiasa.


      Pagi ini ketika aku bangun jam 5 pagi, kawasan perumahanku dilanda ribut pantai, Alhamdulillah tidak kedengaran langsung bunyi bumbung terbang dari rumah... Namun, dengan kuasa-Mu... lebih kurang jam 7 pagi, kau tetap memberikan kami sinaran mentari dan pelangi yang membahagiakan hati... Apa perkaitannya dengan cerita hidupku di bawah ini nanti? Kaitannya ialah ia berlaku di pagi hari setelah aku diuji-Nya... Subhanallah...


      Semakin aku hampir dengan usia 20 tahun, semakin aku berfikiran lebih dewasa. Aku mula memikirkan tentang masa depan ku, dan ini menyebabkan aku makin keliru. Apakah perasaan yang aku rasakan pada ketika ini? Adakah ianya cinta? Persoalan ini sering menuju di benak fikiran ku. Aduh, peningnya kepala aku memikirkannya...


      Maka, disebabkan terlalu pening, aku telah mempersoalkan rasa hati ini kepada mama, maka sbg seorang mama yang bertanggungjawab, aku telah dinasihatkan supaya melakukan istikharah... Ya, betul! Inilah yang telah aku lupa untuk lakukan... berdoa kepada-Nya... Sebelum ni aku sering beristikharah utk mmbuat sesuatu kputusan dlm hidup, tapi knapa tidak pada kali ini? untuk melihat jodoh? tak salahkan? seblum kita trsalah langkah...


      Di pagi yang hening itu, telah ku bermunajat kepada-Nya, "Ya Allah, dia jika benar utkku, dekatkanlah hatinya dengn hatiku, jika dia bukan utkku, redhakanlah hatiku dengan ketentuanmu..." Selepas itu, aku pun tidur semula dgn pengharapan dapatlah mimpinya... Namun, Allah s.w.t itu Maha Mengetahui... Pada keesokan harinya, walau masih belum diberi ptunjuk lagi, aku telah memberanikan diri utk bertanya pada si dia, adakah dia sudi menerimaku...


      Selama sehari aku menanti jwpan dia, akhirnya telah terjawab... Setelah kami berbincang, maka kata sepakat telah dipersetujui, agar lebih utamakan pelajaran pada masa ini, biarlah lepas graduate nnt klu nk bercinta pun... Ya, aku setuju dengan pendapatnya, maka sepertimana di dalam doaku, telah diredhakan hati aku dengan ketentuan ini... Ya Allah, Engkau Maha Besar... Kau telah menguji aku, benarkah aku seorang yang redha dengan ketentuanmu, Alhamdulillah, sememangnya aku redha...


      Malam itu, aku tidur dengan hati yang tenang, tiada lagi kekusutan... Hendak dijadikan cerita, sekali lagi Allah telah menunjukkan keagungan-Nya terhadap diriku, persoalan istikharah ku telah terjawab... ternyata dia bukanlah untukku... Aku redha dengan ketentuanmu Ya Rabb... kerana kau telah menunjukkan yang lebih baik untuk diri ini... Walau tidak terlihat akan wajah jodoh ku itu, tapi kau telah mmberi ptunjuk yg lebih baik, yang telah menambahkan keimanan ku terhadap-Mu... Sehingga di saat aku sedang menulis di blog ini, masih terngiang-ngiang akan petunjuk-Mu itu, "Inilah mak bapak saya..." terdengar suara berkata-kata sambil Engkau perlihatkan fizikal pasangan ibu bapa itu kepadaku... Setelah kau uji dengan hujan lebat, kau berikan aku sinar mentari dan pelangi...  Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...