Subscribe:

07 December 2010

Menakluk Dengan Bas!!! Siri 3

Assalamualaikum dan Salam sahabat...

Dah lama aku tak menaip kat blog ni... Firstly, memang aku agak sibuk belakangan ni, and secondly, memang takde cerita yang best bleh aku tulis kat sini, huhu~~

Tapi takpe, pada tanggal 6hb 12 2010, hari ku telah dimulakan dengan baik sekali... Ya, sarapan nasi goreng yang mama buat sebelum beliau pergi kerja. Terbaik!!!!! Disini mulanya perjalanan...

Sebelum aku turun bersarapan abah dah bertanya, samada aku ada aktiviti ke tak hari ni? Actually ada, tp sebelah petang la. Nak gi umah cikgu Wazir... Sebelah pagi memang aku free. Rupanya abah suruh pergi bayar bil elektrik, haha~~ Takpelah, asalkan aku keluar berjalan la jugak... Jam 8 pagi, bersarapan sambil tengok TV, channel yg paling aku suka, Discovery Channel... How Do They Do It : Space version. Dari awal sampai abis citer pasal angkasawan je. Dari makan, buat kerja, sampai lah ke cara angkasawan nak lepaskan HAJAT! adei~~  Detail btul dokumentari diorang ni...

Jam dah pukul 10pg... Alamak, mesti dah terlepas bas ni. So, aku pun berjalan lah dengan selamba nya ke arah stesen bas tu, tiba-tiba ada plak bas yang menuju ke itu... Apa lagi, trus la aku kejar bas tu, kalau tak terpakasalah aku tunggu lg 30minit, hu~~ Naik je bas tu, aku hulurkan tambang Rm1.30, lepas tu pakcik drebar tu tanya, "Nak pergi mana dik? Port Klang Rm1.50 lah..." Oh yeke pakcik? Al-maklumlah, dah lama tak naik bas kat umah ni, haha~~ Tambah je la 20 sen lagi...

Sampai jua ke bandar Port Klang ni, dah lama aku x lawat ke sana... Tapi sejujurnya tak banyak pun perubahannnya... haha~~ Tanpa buang masa lagi, aku trus menuju ke Bank Rakyat (saya mesti pilih! haha~~) Tanpa segan dan silu aku trus bertanya kat brother BR tu, "bang, kat sini boleh bayar bil ke tak?" Nasib baik abang tu kata boleh, kalau tak sia2 je aku ke situ... Nombor giliran aku 1036, nombor skarang ni 1026, 10 je lagi... Tetiba ada sorang pakcik India masuk, pakcik tu dah tua dah, tempat duduk depan aku tu dah penuh, tapi xde sorang pun yang sudi nak bagi tempat duduk kat pakcik tu... takpelah, aku tak kesah pun, lalu aku beri seat aku kat pakcik tu... Tapi yang best nya, lpas tu borak la ngan pakcik tu, dia pun citer la yang dah 4 kali rumah dia kena lelong, katanya bank lain tipou dia... nasib ada rumah lain dia kata... Sabar je la ye pakcik... Nasib badan...

Bil dah bayar, niat di hati memang nak balik umah trus, tapi apa kan daya... Kaki ni melangkah jua mencari bas untuk ke Klang... Apa lagi, ke Centrepoint le.... Tempat biasa untuk aku cari cd game dan PC peripherals aku... tu jela yang paling dekat, nak g S.Alam malas le pulak... Sampai je sana, aku trus pegi cari mouse coz dalam beberapa bulan ni je, satu mouse aku rosak, satu lagi hilang tanpa jejak, so terpaksalah cari yang lain, Rm10 punya mouse pun jadi le... Secondly, pastinya untuk melengkapkan koleksi game Sims 3 aku, Late Night expansion... Nasib dapat hari ni, coz hari tu aku pegi dah abis dah stoknya... Kira berbaloi jugak lah perjalanan aku ke Klang arini...

Time balik pulak lain pula cerita nyer, jam dah pukul 12 tgh hari dah... Macam biasa, aku naik la bas Seranas, coz bas lain susah nak dapat time tghhari camni... 20 minit aku dah duk termenung kat dalam bas tu, barulah dia jalan... adeii~~ Dah la tu, kat depan Convent plak ada sorg pakcik ni naik, tak habis2 dia tanya orang kat sebelah dia soalan2 yang agak memblurkan orang, nasib dia kat belakang aku, kalau sebelah aku mmg aku trus turun dr bas tu, haha~~ Boleh plak dia tanya member sblah tu bas ni pegi Port Klang ke? dah naik baru brtanya... Tp lpas tu bleh plak dia sebut nombor kod perjalanan bas2 kat sini... Bas 126 ke Port Klang, 127 ke Banting... Potpet2 dr dia naik smpai le turun bas, nasib dia turun kat area padang Pandamaran tu... Perggghhhh~~ Pelik btul aku... Agaknya dia tgh bosan kot arini, biarle...

Apalah hari ni, dok jumpa org yg bercakap je,haha~~ Petang tu aku diambil oleh cikgu, disebabkan masa masih panjang, so ktorang decide tuk pergi tgk citer Ngangkung... Overall citer ni memang best, padat ngan lawak and nasihat nya... tak kurang juga beberapa sindiran yang ditujukan kepada masyarakat kita... cuma ending mungkin kurang excite skit, coz aku rasa cter tu bleh dikembangkan lg... haha~~ this is juz my opinion... Apa2 pun, korg pegi la tgk and rate sndiri ye...

Sampai sini je la entry untuk kali ni... Kita jumpa lagi dilain kali... Esok nak ke Janda Baik, nak mandi sungai plak, haha~~ best2!!!

jUMPA LAGI SEMUA, Assalamualaikum...

0 comments:

Post a Comment